Our Chat Room

Sunday, January 9, 2011

UMURKU SEPARUH ABAD


Sedarkah rakan-rakan, bahawa umur kita puratanya sudah mencecah setengah abad !. Paling-paling cikai masuk maktab dulu umur dalam 18 - 19 tahun, lepas SPM. Ditambah 30 tahun berlalu masuk la garisan itu, > 50 tahun.
Aku tak pasti bagaimana perasaan kalian, bagi aku macam dulu - duulluuuuu..... bah. Biarpun saban hari kita lihat cermin dan jelas kemantangan terlajak kelihatan, tapi hati ini masih segar sebagaimana dengan ingatan kita. Kan ?
Dalam coretan sahabat di FB maupun di blog ini, sering mengisahkan pengalaman manis, atau pahit yang dah berubah menjadi manis-manis buah. Macam baru semalam ia berlalu, Kan ?.
Cuma, diselitkan dengan perkhabaran terkini, perihal kerja, keluarga, dan aktiviti semasa. Ingin ku ingatkan bersama diri ku, bahawa kita sekarang dah dalam perjalanan patah balik ( turning point ) dan perlu ada persiapan ke arah itu. Mungkin sudah ada dikalangan kita yang berubah tingkah laku secara total, namun hati kecil mereka tetap bersama kita, jika mereka melayari blog atau FB dari semasa ke semasa.
Maklumlah, ada yang telah ditemui semula, ada yang tertanya-tanya, ada yang baru saja 2 - 3 hari masuk FB ( aku dah kontek Saitin Bangkok ) dan aku percaya ramai lagi di luar sana yang tidak tahu menahu mengenai perkembangan terkini teman-taman Gaya melalui sebaran maya ini. Masa saja yang menentukan pertemuan atau mungkin tidak sempat sebab kita dah masuk FASA semi final.
Aku teringat pensyarahku Bonda Zaharah yang keibuannya amat menyerlah semasa memberi kuliah. dan, kini, aku pula menjadi seperti Bonda Zaharah di dalam kelas, ngajar-ngajar nasihat, ngajar-ngajar nasihat, lepas tu marah-marah pulak ! kemudian nasihat semula.
Begitulah agaknya kalau umur dah separuh abad, Kan ?.

7 comments:

  1. Semasa Puan Zaharah isteri Cikgu Rofli mengajar, dia berpesan,"Bila mengajar janganlah duduk macam saye. Saye dah tua." Tapi sekarang cikgu muda mengajar sambil duduk.Aku tetap patuh pada nasihat Bonda itu.

    ReplyDelete
  2. Aku pun ngajar berdiri sepanjang masa, seperti yg tuan kata, Jangan ikut saya, saya dah tua. La, ni masa tu dah sampai, giliran aku mcm Pn zaharah. Tapi time kena ghout aje. ha ha ha.

    ReplyDelete
  3. Do not worry Tuan Zahari, in this global, borderless era life begins at 50, ha ha ha ....

    ReplyDelete
  4. Aku mengajar tak pernah duduk.Bapa mentuaku seorang guru berpesan kalau mengajar berdiri tidak akan mengumpul lemak dalam darah.Bila mengajar perlu bergerak sekeliling kelas. Buat seperti kita melakukan exercise di luar sana.Kita perlu ceria semasa mengajar walaupun kerenah anak-anak murid.Elakkan tekanan ataupun stress.Salah satu punca utama sakit jantung adahlah stress selain dari pemakanan dan kurang senaman.

    ReplyDelete
  5. Lantaran itu, aku insaf !
    Nana : the experience that life begins at 40 have long gone. I've been there a moment and thank god Allah I passed the test. I'm 51 now. It's a great feeling thou.
    Bro Salim : aku memang ngajar berdiri sebab tak kick kalau tak tengok mata bebudak. Biarpun tegas, aku selalu joke kat anak murid.
    Malangnya, biarpun begitu, lemak tetap berkumpul. Jatung masih OK la kot ?. cuma ghout je. !!

    ReplyDelete
  6. Where is Saitin Bangkok now? What is she now? Teringat pulak kat dia.

    ReplyDelete
  7. Nana, Saitin masih di sekolah lama SMK Kiulu bersama arwah ngapah ngajar dulu. Aku pernah ke sana jumpa saitin dan ngapah.
    La ni saitin jadi kaunselor sekolah selepas grade di UMS. Anak ada 7 kalau tak silap dan dah ada cucu. Suami dia kerja biasa, sendiri.
    Selalu juga kami chat melalu FB. Masuk FB aku ! rasanya ada nama dia dalam friend aku. Salam.

    ReplyDelete