Aku mengenali dia dengan nama Saitin Bangkok. Nama Bangkok itu Aku difahamkan tiada kaitan dengan Negara Gajah Putih itu. Setahu Aku dia seorang yang peramah. Semasa di maktab merupakan gol keeper wanita yang terhandal. Sekarang bertugas sebagai kaunselor di Kiulu.Wajahnya tidak banyak berubah. Aku pinjam istilah yang Tuan Mamsin suka guna. Rita Saitin masih kelihatan cun melucun.
Dialah diantara'tokoh'yang pernah ditahan oleh warden kerana keluar ke Kota Kinabalu pada 'malam terarah'.Turut juga ditahan pada malam itu seorang gadis 'Jepun' yang berasal dari Ranau.Dahulu gadis itu kecil molek orangnya. Bajunya saiz 's'(1980). Tapi sekarang(2011) sudah meningkat ke saiz XXL. Aku pernah menemui wanita 'Jepun' di Ranau pada bulan Jun 2010 yang lalu. Dia tetap ceria dan peramah
Rita mengajar di mana? Dulu masa kita ke Sabah sepatutnya kita ctc dia.Mungkin Fauziah 'Jepun'tahu di mana dia.Semasa di Gaya aku jarang bercakap dengan dia.Tapi dia budak baik dan selalu senyum.Itu yang aku ingat.
ReplyDeleteBetul tu Tuan Salim.Rita Saitin selalu senyum pada ku bila bertembung. Itu sahaja antara aku dan dia.
ReplyDelete