Monday, January 10, 2011
Bahayanya serangan Jantung.
Semalam aku mendapat berita jiranku seorang pemuda India yang tidak sepatutnya diserang penyakit jantung telah terlantar di Hospital Universiti selama 3 hari.Seorang Doktor menggenggam tangannya berbisik kepadanya," God has given you second life to live". Kevin seorang pemuda yang cukup peramah berumur sekitar 36 tahun tidak pernah menduga dia telah menempuh saat yang paling menakutkan.Serangan jantung yang tiba-tiba terjadi semasa sedang tidur di waktu senja.Beliau merasai tangan kanannya menyucuk-nyucuk.Mula terasa sukar untuk bernafas dan badannya mengeluarkan peluh terlalu banyak.Dadanya terasa dipijak-pijak oleh seekor anak gajah.Dalam keadaan kelam-kabut itu beliau menelepon kakanya dan terus dibawa ke hospital yang menyambil masa hampir 30 minit.Apa yang dia fikir masa tu adalah mati.Beliau dimasukkan di wad ICU. Doktor bertungkus lumus menyelamatkannya dan dia berjaya hidup semula.Mati hidup semula.Ini semua berpunca daripada si amoi putih melepak.
Menurut Kevin punca serangan jantung adalah pemakanan.Dia seorang bujang dan makanan tak teratur.Di rumahnya terdapat berkotak-kotak mee maggie.Makanan kegemarannya ialah nasi goreng telur mata bulat.Setiap hari dia akan order menu tersebut yang dimasak oleh'amoi putih melepak di sebuah kedai makanan cina.Yang masak tu amoi come lote makan 2 pinggan pun tak kenyang.sedap.. Beliau juga kurang exercise dan sekali-sekala ke sauna.
Bahayanya makanan yang kurang berdiet.Kita perlu mengetahui tentang ciri-ciri pemakanan yang betul.Yang menghairankan wad sakit jantung kebanyakannya dimonopoli oleh orang Melayu dan India.Aku tak nampak pun orang Cina.Itulah bahana makan kari kambing dan sup gear box.Dulu aku suka makan sup belut.Orang kata bagus untuk lelaki.Perkasa.Kata Doktor belut banyak kolestrol.Sejak itu aku tak makan sup belut lagi.
Sebuah buku bertajuk 'EAT RIGHT 4 YOUR TYPE' cukup berfaedah.Dr. Peter J. D'Adamo menceritakan jenis makanan yang boleh dimakan untuk jenis darah.Contohnya darah 'A' tidak boleh minum susu atau makan daging.Ini kerana usus kita kekurangan enzyme untuk menghancurkan daging.Mereka yang mempunyai darah A perlu makan protein dari tumbuh-tumbuhan dan sayur untuk menyelakkan penyakit.Banyak memakan daging dan susu untuk darah A menimbulkan masalah penghadaman. Akan terjadi pengumpulan toksin dalam badan. Sebab itu Darah 'A' banyak terdedah kepada penyakit jantung dan kanser usus.Baru-baru ini aku ada terbaca satu artikel di akhbar tempatan tentang darah A yang komplek.Orang yang berdarah A senang dapat penyakit kalau tidak menjaga makanan dengan betul.Darah yang paling kurang diserang penyakit ialah darah B. Bertuahlah mereka yang berdarah B.Darah B ni kalau hentam daging kambing pun tak apa.Nanti aku tulis jenis-jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh setiap jenis darah.Semuanya ini aku dapat daripada buku tersebut yang cukup laris dijual.Sama-samalah kita memberi pendapat dan bertukar-tukar pengalaman apabila usia kita makin bertambah.
Aku banyak beriadah untuk menghilangkan tekanan......Aku suka tinggal di Holland sebab di sini manusia berlumba-lumba BERBASIKAL..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bab makanan ni Abang Non dan Zahari kena jaga. Kena exercise selalu. Kalau tidak jadi labu.Jadi Non Labu dan Tuan Zahari Labu.Kalau kena kencing manis mata jadi kelabu
ReplyDeleteAku darah O. Aku dah lama insaf. Bab makanan ni, keimanan aku macam graf, kadangkala naik kadangkala turun.
ReplyDeleteThanks bro for the tips, it's useful and knowledgable, makes me insaf again.
Makan, kawan-kawan makan .... nanti dah five-feet under dah tak boleh mankan dah ..... he he he ....
ReplyDelete