Our Chat Room

Thursday, January 7, 2010

Dialah' HONEY'ku bukan 'MADU'ku.

SHABANA QADRI .......... namanmu secantik wajahnmu. Bila dia berjalan seperti itik pulang petang. Gadis kacukan Jerman-Pakistan bermata biru, berambut perang pernah tidur di dalam hidupku. Aku memanggilnya 'honey' dan dia pula memanggilku 'darling'. Shabana Qadri adalah 'honey'ku dan bukan 'madu'ku.

Maafkanlah aku' S.'...... Aku terlalu sunyi tika itu. Menjelmanya 'honey' di dalam hidupku bak sebatang lilin yang menyuluh jalan yang gelap gelita.Lagu'Sinar Cahaya' nyanyian J.Sham sering teringat kembali nostalgia kisah silam yang pernah kami rakam bersama lebih dua puluhtahun yang lalu sewaktu aku menuntut di sebuah universiti di luar negara. Pun begitu lagu nyanyian Andrea Borcelli, 'Besame Mucho' adalah lagu sedih buat kami dan menyayat hati.

Honey....... rambutmu, matamu,lehermu dan bibirmu adalah ciptaan Tuhan yang maha agung.Kalau dibariskan 'S' dan 'Honey' aku akan pilih kedua-duanya. Zaman pelajar adalah zaman yang paling indah. Kalau tak percaya tanya mamsim yang pernah menuntut di Birmingham.

Aku berambut panjang sampai ke bahu.Kadang-kadang rambutku akan ku ikat bagai ekor kuda galak.Tapi kini apabila dimamah usia wajahku tak setampan dulu lagi dan rambutku mula meninggalkan aku. Aku berterima kasih kepada sahabatku Shakir yang aku panggil dia Shakir'kerapu'...kaki 'merapu'.Begitu juga Mamsin,Boda,Non Siam dan Cik Li.

Shakir mengeluarkan produk minyak' rambut sapi.' Kadang-kadang katanya,'out-of stock' bila aku order. Boda yang banyak beli' minyak sapi' dari Shakir. Boda... aku korbankan' minyak sapi 'itu untuk kau semoga rumput yang dipadang itu akan hidup subur .Biarlah rumput di padangku mati kekeringan di bawa angin malam bagaikan padang jarak padang terkukur.Demi sahabat aku sanggup berkorban kerana Boda.Dulu aku panggil Boda 'Mr.Kojak' sekarang aku diberinya gelaran itu.

'Honey' tinggal di tingkat lima dan aku pula ditingkat 10 di Bowland Tower,Alexander Square. Sewaktu 'lunch'' dialah orang pertama yang mengetuk pintu bilikku. 'Darling, let's go for lunch'. Masih lagi kedengangan suara manja itu walaupun telah lebih dua pulah tahun berlalu.
Aku memegang tangan 'honey' dan terbang bersamany menuju ke sebuah cafe yang terletak di pinggir kota.Aku tidak sanggup berpisah dengannya.Perpisahan itu telah mengajar aku erti rindu sebagaimana aku pernah merindui 'S' yang jauh.

Maafkanlah aku 'S'. Kau tidak tahu tanpa 'honey' aku lumpuh lebih-lebih lagi apabila kita jauh beribu batu.

Suatu hari aku terima surat dari'S'. Sepuluh ayat yang ditulis tiga adalah perkataan rindu. Aku juga 'rindu padamu sayang' tapi aku tak terdaya melepaskan 'honey'. 'S' adalah 'buahhatiku'.'Honey' adalah kekasihku.Dua-dua sama.

Selama hampir tiga tahun hubungan aku dengan'honey' tanpa diketahui 'S'. Biar pecah perut jangan pecah mulut. Sumpah sampai mati aku tak akan beritahu'S'. Biarlah aku terbang dan jatuh bersama 'honey'. 'Aku lelaki', bisik hatiku. Lelaki kalau ada'honey' yang cantik..tidak takut mati ....tidak akan akan mati.... lupa nak mati. Aku tidak takut.. Merentasi lautan api sekali pun aku tetap bersama 'honey'. Kalau 'honey' jadi burung aku jadi 'rantingnya'. Kalau 'honey' jadi 'sampan' aku jadi 'dayungnya'.Tanpa 'dayung' 'honey' akan hanyut.Tanpa 'sampan'..
aku akan karam. Kalau 'honey' jadi bintang ..akulah cahayanya.

'Honey' menjadi ketua kumpulan semasa subjek "Race and Education'.Dia petah berhujah.Dia amat disenangi oleh Professor Sally Tomlinson.Aku terlalu'slow' dan 'ketungap'.Tanpa bantuan 'honey' assignment tidak dapat disiapkan.Aku mendapat markah cemerlang.

Aku ada seorang kawan. Namanya Raju.Dia bertanya kepadaku cara untuk faham dan ingat semasa belajar.Aku ajar dia satu formula.BACA 1 kali.... baca 2 kali, baca 3 kali...dan kalau masih tak faham baca IO kali.Dia tanya,'kalau 1O kali pun tarak faham. Aku kata padanya, "Ayo, what's happened to your brain. Belajar bukan mudah lebih lagi bukan bahasa ibunda.'Honey' banyak membantuku membuat projek di dalam kursus yang kami ambil.Tanpa 'honey'aku pasti gagal.

'Honey adalah bintangku.Aku adalah cahayanya.Kalau 'honey' jadi bulan akulah pemujanya. ILMU Puja Bulan.... sewaktu bulan sedang mengambang. Aku tidak takut puja bulan seperti Mamsin yang penakut terkejut ranting patah dan lari lintang pukang di tengah malam sepi di waktu bulan mengambang . Aku lebih jantan daripada Mamsin Jantan. Ke mana saja 'honey' pergi aku akan 'buru'. Macam itik jantan buru itik betina. Terkekeh-kekeh. Suka hati.

Lelaki kalau ada 'kereta baru' bawa laju.Kalau tak percaya tanya Shakir. Boda pun sama. Dulu masa Boda kat kampung kayuh basikal tua.Lambat...lembab dan boring..Kalau kayuh 'basikal baru' pasti 'Cepat Sampai'. Jangan laju sangat Bang Boda.....nanti masuk 'gaung'.Aku suka 'masuk gaung'. Shakir pun suka.Mamsin pun suka.'Kereta baru' atau 'kereta lama' sama saja.'Kereta lama ' kena modify engin.Kita ganti 'spare-parts' baru.Kita tukar body.Kita tukar 'cat'.Kita boleh guna 'horn baru'.'Horn baru' bunyi pun sedap....Kita pasang' lampu baru', 'tayar baru'. Semuanya baru.Dapat 'Orang Baru' .......kah,kah,kah....

Kini lebih dua puluh tahun berlalu. 'Honey' hilang entah di mana. Kali terakhir aku bersamanya semasa dia menghantar aku ke Heathrow Airport untuk pulang ke Tanahair. Aku akan'padam' wajah 'honey' seperti aku 'padam' wajah 'S' semasa aku menjejak kaki di Kota London .Kita terlau jauh terpisah .Aku tidak mahu merinduimu seperti aku pernah merindui S' dulu.

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Setibanya aku di Penang Airport wajah 'S' tidak kelihatan.' S' telah pergi jauh di dalam hidupku.Kesunyian telah menjemputku sewaktu aku mula menjejak kaki di Kota London sebelum bertemu'honey'.

Aku kembali sujud ke hadrat ilahi .Semoga kebahgiaan akan muncul semula.Tuhanku.... berilah aku petunjuk ke jalan yang benar. Ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.

Bersambung..............akan datang.

2 comments:

  1. Ai Salim Ketungap! Nak bagi tau kat hang Badar@Boda tu tak pernah order minyak rambut kat aku.Dia order kat Shahidan al Lahar Yooi Fi Tipuing. Sebab kepala dia tak naik rambut.Minyak aku buat hang sapa pilah tang namapun dia naik..........

    ReplyDelete
  2. terima kasih anonymous...kalau tak ada cerita pun tak syok jugak.cerita benar yang pernah diceritakan oleh kawan-kawan.syukur pada Allah..kerana blog inilah kita dapat dipertemukan antara satu sama lain.Ramai yang tak pernah jumpa hampir 30 tahun.Berkat usaha mamsin dan syakir dapatlah kita sama-sama menyumbangkan idea sedikit sebanyak.memang benar saya adalah salim yang di gaya college selalu pakai kopiah dan serban.saya kurang bercampur pada masa itu cuma bersama geng PIS dan perdagangan.Saya ada 2 orang anak perempuan.Yang sulung 24tahun bernama nadia.Dia pernah berlakon bersama zamarul hisham-Janjiku.Anak yang bongsu bernama Faten Amira berumur 11 tahun.Belum lagi ada cucu atau pun menantu.tel saya 019-3441757

    ReplyDelete