Our Chat Room

Saturday, December 31, 2011

KEMBARA KHALIFAH: Malam di Yala Bersama Ustaz Kamaruddin

KEMBARA KHALIFAH: Malam di Yala Bersama Ustaz Kamaruddin: Selepas solat isyak perut terasa lapar.Di Pekan Yala gerai makan dan restoran masih dibuka. Peminat setia masih ramai. Ustaz Kamaruddin menc...

Friday, December 30, 2011

KEMBARA KHALIFAH: Ilmu Tetap Dituntut Di Wilayah Ini

KEMBARA KHALIFAH: Ilmu Tetap Dituntut Di Wilayah Ini: Biarpun apa yang terjadi di sini,Yala wilayah yang ada waktunya tenang.Ada waktunya bergolak dan berkocak. Dan ada waktunya berdarah! Tapi d...

Tuesday, December 27, 2011

KEMBARA KHALIFAH: Menuai Pengalaman Di Negara Gajah Putih.

KEMBARA KHALIFAH: Menuai Pengalaman Di Negara Gajah Putih.: Di Selatan Thai tanahnya cukup subur. Mereka di sini lebih suka kepada pertanian alamiah. Sayur,buah-buahan dan ternakan yang menggunakan ka...

Thursday, December 15, 2011

Tengok Gambar Dari Golok.


Petang itu Din mempelawa siapa nak tengok gambar. Ini bukan sebarang gambar.Gambar dari Golok. Siapa nak tengok masuk bilik aku.kata Din. Tapi Din tidak membenarkan semua sekali masuk tengok. Masuk seorang demi seorang.

Selepas minum petang 4 orang rakan maktab sudah menunggu di luar bilik asrama Maktab Perguruan Gaya. Din tersenyum melihat kawan-kawan sudah menunggu di luar. Macam tidak sabar lagi hendak masuk bilik Din. Kami panggil dia "Din Golok" sebab dia tinggal dekat dengan Pekan Golok.Sebut sahaja Din Golok, semua warga Gaya tahu. Orangnya tidaklah tinggi. Kira-kira 159 cm. Berbadan tegap.

Din membuka pintu bilik. Tapi sebelum itu Din mempelawa Nana tengok sama. Tapi menolak dengan alasan dia tahu tentang gambar itu. Tapi Din tidak berputus asa. Dia terus memujuk Nana. Tapi Nana berkeras tidak mahu tengok. "Aku dah tahu."kata Nana. Din tidak mahu memujuk Nana lagi. Biarlah. Tahu mahu,tak apa. Jangan menyesal!

Rani masuk dan menutup pintu rapat-rapat."Tolong kunci pintu," pinta Din. Pintu dikunci. Tiada siapa yang masuk lagi.

Din menutup itu dengan sekeping kertas. Lalu dibukanya.Rani melihat gambar itu. Lalu...kah!,kah!kah!,kah! .Dia terus keluar dari bilik. Shahid pula masuk. Lalu Dinpun menunjukkan gambarkan yang sama. Mata Shahid terpaku ke atas itu. Kah!,kah!,kah!,kah!
Diapun terus keluar bilik dan terus.....kah!,kah!,kah!,kah!

Yang lain sudah tidak sabar lagi hendak menengok gambar dari Golok itu. Semua yang keluar dari bilik Golok ketawa berdekah-dekah.

Bukan apa sangat. Ianya bukanlah seperti yang dijangkakan. Seperti yang dibayangkan. Tidak!Hanya sekeping lukisan tangan. Lukisan yang dilukis oleh Golok sendiri. Gambar sebilah golok! Hanya sebilah golok! Patutlah mereka ketawa! ("Mari kita lihat siapa yang kena".)


Oleh Shakir Taha

Thursday, December 8, 2011

Aku Di SMJK Chung Hwa Tenom,Sabah. Tahun 80an.

Aku mengajar di sekolah ini pada 1981. Pengetua aku yang pertama bernama Bernard Chong.Orangnya baik hati dan mudah berkira. Gaji pertama aku dia yang pergi cari dan membayarnya di rumah. Masa itu tidak ada akaun bank. Urusan gaji cepat sekali. Bulan pertama bekerja sudah ada gaji. Dia selalu turun ke Kota Kinabalu kerana keluarganya ada di sana.

Kalau ada hal,contohnya nak balik awal satu dua hari,dia boleh bertolak ansur.Tambang tiket kapalterbang mahal. Yang ada hanya MAS sahaja. Suka tidak suka, kena bayar juga sebab hendak balik Semenanjung. Kalau tidak, jangan balik. Itu sahaja.

Murid di sini ramai yang berbangsa Tionghua.Selebihnya Melayu/Jawa,Dusun dan Murut. Pelajarnya cukup hormat pada guru.Masalah displin tidak begitu ketara.Cumanya dalam hal akademik agak tidak memuaskan. Tetapi perkara ini tidak berlanjutan. Dengan gabungan tenaga fikir guru-guru dan pentadbir perkara ini dapat diatasi. Kecemerlangan akademik kian terselah dan dapat dikekalkan sehingga kini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Aslie. Beliau kini bertugas di Pejabat PelajaranTenom. Aslie pernah bertugas sebagai kerani di sini sewaktu aku mengajar di sekolah ini. Menurut Aslie sekolah ini menjadi pilihan pertama waris-waris di daerah Tenom untuk menghantar anak-anak mereka.

Oleh Shakir Taha

Kenangan Lama Bersama Cikgu Amir Di SMJK Chung Hwa Tenom Sabah

Duduk di tengah ialah Cikgu Amir.Beliau berasal dari Selangor. Sebelum mengajar di SMJK Chung Hwa,beliau mengajar di SMK Kemabong.

Di sini dia tinggal serumah dengan aku bersama Cikgu Yusof dan Cikgu Zukifli.Cikgu Zul anak jati Trengganu yang berkahwin dengan orang Selangor terus menetap di sini.

Di sini tidak nasi kandar. Kami masak sendiri secara bergilir-gilir. Sedap tak makan jugalah. Cikgu Amir suka makan sayur. Dia mesti masak sayur. Beliau tidak banyak bercakap.

Setelah cukup tempuh perkhidmatan beliau memohon untuk kembali ke Selangor.


Oleh Shakir Taha


Gambar oleh Winnie

Tuesday, November 22, 2011

Pasangan MPG 80/81

Inilah wajah-wajah rakan Maktab Perguruan Gaya sidang 80/81. Kiri sekali Normadiah(penyanyi nasyid) dan suami. Azmi berkacamata hitam, berambut putih,sekarang tinggal di Sungai Petani,Misman dan Siti Rokayah, Norhasanah Wakis dan suaminya.

Ini adalah gambar yang boleh dikira terbaru. Jadi kalau berjumpa di supermarket, di pinggir jalan ataupun di mana-mana inilah mereka.

Aku sendiri belum bersua muka dengan mereka. Hanya dengar suara sahaja, suara Azmi,suara Normadiah. Norhasanah Wakis rajin buat komen dalam facebook.

Salam buat semua.

Shakir Taha
Istana Hinggap
Simpang Ampat.

Thursday, November 17, 2011

Antara Wajah-Wajah Pernah Berkhidmat Di SMJK Chung Hwa

Di kanan, Cikgu Abdul Rahman Ahmad. Beliau mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Gaya. Sebelum bertukar ke Semenanjung, beliau pernah mengajar di SMJK Chung Hwa, Tenom Sabah.

Kawan di sebelahnya,Cikgu Idrus Othman. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Putra Malaysia pada tahun 80an. Cukup aktif dalam sukan. Sekarang menjadi pengetua di salah sebuah sekolah menengah di Pahang. Berasal dari Selangor.

Monday, November 7, 2011

Saturday, November 5, 2011

Zaidi Osman 80/81


Zaidi Osman rakan sekelas dengan Normadiah. Zaidi mempunyai bakat dalam seni khat. Tulisan jawinya cukup cantik. Menurut Hartini Salikin, Zaidi seorang qari. Bagus bacaannya. Merdu suaranya.

Seingat aku dia aktif dalam Persatuan Islam Maktab Perguruan. Beliau selalu membantu dan menghadiri aktiviti persatuan. Pendek kata beliau tidak pernah absen dalam sebarang aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Beliau boleh menjadi imam solat.

Beliau juga aktif dalam bidang sukan. Selepas keluar maktab aku terputus hubungan langsung dengan dia sehingga kini.

As salam buat kawanku, Zaidi Osman.


Shakir Taha
Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan.

Rubiah Jurjani


Gambar di kiri ialah Rubiah Jurjani (PJPS 80/81) dan di sebelahnya, Normadiah(PMIA 80/81). Seingat aku Rubiah sewaktu datang ke bertudung lengkap dan kurus orangnya. Dia berasal dari Johor.

Dia bersama Normadiah aktif dalam nasyid. Tapi Rubiah lebih aktif dalam sukan kerana itu adalah opsyennya. Selepas aku keluar maktab aku terputus langsung tentang Rubiah. Tapi tentang Normadiah sekali sekala dengar berita tentangnya. Khabarnya mengajar di Membakut. Tapi tentang Rubiah tidak ada maklumat lansung sehinggalah dimuatkan dalam facebook dan dimaklumkan oleh Normadiah yang begitu gigih mencari rakan sekolej.


Oleh Shakir Taha

Gambar kiriman Normadiah.

Friday, October 28, 2011

Siapa sebenarnya Muammar Gaddafi

(Arrahmah.com) – Sang Penguasa, Muammar Gaddafi pada akhirnya harus mengakhiri hidupnya. Dia sekarat setelah orang-orang Libya menemukan tempat persembunyianya dan membunuhnya beberapa hari lalu. Kemarahan rakyat Libya memuncak karena kepopuleran Gaddafi sebagai penguasa arogan dan memperlakukan setiap orang sesukanya.

Kolonel Muammar Gaddafi memiliki daftar kekejaman dalam sejarah hidupnya. Pada tahun 1983, aktivis Hizbut Tahrir Libya telah dieksekusi olehnya di sekolah-sekolah, universitas, di depan guru, dosen, mahasiswa, bahkan di depan keluarga mereka sendiri termasuk anak-anak mereka. Sedangkan dalam kenyataannya, Gaddafi membenci sudut pandang Islam.

Misalnya suatu pendapat yang meragukan kebenaran hadits. Dia menganggap semua hadits sebagai hadist palsu (maudlu) dan tidak ada yang berasal dari wahyu (wahyu) dari Allah Ta’ala. Bahkan sampai sejauh ini ia tidak pernah ingin menerapkan hukum yang terkandung dalam hadits.

Tidak hanya itu, Gaddafi juga berulang kali menghabisi nyawa hamba Allah yang tidak setuju dengan kebijakannya. Mereka ditangkap, dipenjara dan kemudian disiksa. Syaikh Anwar Al Awlaki-kama nahsabuh-menyebutkan bahwa setidaknya seribu mujahidin dijebloskan ke penjara oleh pemimpin yang telah memerintah selama 42 tahun tersebut.

“Dia (Gaddafi) melakukan eksekusi, yang mungkin adalah yang paling brutal yang pernah kami lihat, terhadap 1.200 tahanan di penjara Abu Salim. Mereka dipenjara, dan kemudian dieksekusi dalam waktu kurang dari tiga jam.” Demikian kata Muhammad al-Abdalla, seorang aktivis Libya di era 70-an.

Lalu bagaimana pandangan Ash-Shaheed-kamaa nahsabuh-Sheikh DR. Abdullah Azzam terhadap Muammar Gaddafi. Kami tahu beliau telah berpengalaman di arena dakwah dan jihad dalam perlawanan melawan imperialisme Barat. Berikut ini adalah kata-kata Sheikh Abdullah Azzam yang ditujukan kepada ulama berkaitan dengan Gaddafi:

” Apa (fatwa) yang akan Anda nyatakan untuk melawan Gaddafi yang tidak meninggalkan bahkan seorang pemuda muwahhid (orang yang memegang teguh tauhid) kecuali untuk dilemparkan ke dalam penjara?Apa (fatwa) yang akan Anda nyatakan tentang orang ini (Gaddafi) yang jelas telah kufur kepada Allah sejelas dan seterang siang hari, serta sebagai pengingkaran terhadap sunnah Rasulullah sallallahu-’alaihi wa sallam-. Apa (fatwa) yang akan Anda nyatakan O ulama yang mulia? “

“Apakah dia masih muslim?”

“Saya tidak berpikir bahwa agama apapun akan menerima orang seperti ini, yang telah menjadi tirani tanpa batas, dan siapa pun yang bersedia menerima tirani seperti ini, ia telah berdosa di dunia ini dan ia akan menerima hukumannya di akhirat . ” (Sheikh Abdullah Azzam: Al Jihad: Fiqhun Wa Ijtihadun halaman 195-196)

Selain itu, Syekh Mujahid Abu Mundzir As-hafizhahullah-Saidy-pemimpin Al-Jama’ah Al-Islamiyyah Al-Muqatilah Libya mengatakan bahwa sebenarnya hukum yang telah diterapkan oleh Gaddafi di Libya adalah hukum non Islam. Berikut ini adalah kata-katanya,

يقول الشيخ أبو المنذر الساعدي: (ان النظام القائم في ليبيا نظام جاهلي كافر, ويجب على كل مسلم في ليبيا ان … يساهم في خلعه وقتاله بكل ما يقدر عليه من قتال فعلي, أو اعانة للمقاتلين, وان المتخلف عن هذا الفرض الرباني لغير عذر من مرض أو عمى أو عرج أو نحو ذلك, هو مرتكب لكبيرة من كبائر الذنوب, ومرتكب الكبيرة; فاسق).

وقال أيضا حفظه الله: (وليحذر المسلمون في ليبيا من الوقوف في صف هذا الطاغوت, بسلاح أو قلم أو لسان, لأن الله تعالى يقول: {ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون

“Memang, hukum yang diterapkan di Libya adalah hukum jahiliyyah kafir. Dan adalah wajib bagi setiap Muslim di Libya untuk memberikan kontribusinya dalam menghancurkan undang-undang ini, serta berjuang melawan dengan kemampuan maksimal mereka, Baik melalui jihad fisik atau membantu Mujahidin. Dan bahwa siapa pun yang enggan untuk melakukan tugas ini (menentang hukum kafir jahiliyyah) tanpa udzur seperti sakit, buta atau lumpuh dll, maka ia telah melakukan salah satu dosa terbesar dan dia merupakan bagian dari kelompok orang-orang fasiq “.

Dia menambahkan:

“Dan Muslim di Libya harus berhati-hati dan waspada, jangan berada dalam barisan yang membela thaghut ini, apakah itu dengan senjata, pidato atau tulisan karena Allah Azza wa jalla berfirman (yang artinya):

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkanmu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”. (QS. Al Hud: 113)

Fatwa Haula Al Jihad fie Libya: Jama’ah Islamiyyah Muqotilah Libya.

sumber: unjustmedia.com

Saturday, October 15, 2011

Pekan Tenom,Sate Wak Khamis

Tahun lepas aku ke Tenom. Aku,Salim,Momin dan isterinya,Marianah ke sana. Kata Marianah dia hendak sangat ke Tenom. Selama ini dia belum pernah ke Tenom.

Kami sampai ke Tenom petang. Aku sempat ke pejabat pelajaran Tenom. Berjumpa dengan Aslie bekas kerani SMJK Chung Hwa. Sempat juga berjumpa dengan anak Cikgu Jumma yang sekarang ini berkhidmat dipejabat pelajaran Tenom.Anaknya menjadi pegawai di sini.Baik dan peramah orangnya.

Di Pekan Tenom aku mencari bekas pengetua SMJK
Chung Hwa,Puan Chiam Mei Yiem. Beliau masih kuat dan sihat. Masih boleh menguruskan kedai runcitnya.

Sebelum bertolak balik ke Kota Kinbablu,aku mencari Wak Khamis. Wak Khamis orang Semenanjung yang sudah lama tinggal di Tenom. Dia seorang penjual sate. Satenya cukup sedap.Bila hari gaji aku pasti ke gerainya. Suatu kemestian. Khabarnya Wak Khamis berasal dari Johor. Orangnya berkulit sawo matang.Sering memakai baju lenggan panjang putih waktu berniaga. Dan bajunya dilepas keluar. Dia sentiasa senyum bila bercakap.

Petang itu aku mencari Wak Khamis digerainya. Bila aku tidak berjumpa dengan gerai sate Wak Khamis, aku bertanya pada Asli. Kata Asli, Wak berniaga pukul 6.00 petang. Sekarang baru pukul 5.00 petang.

Kami terpaksa bertolak balik ke Kota Kinabalu memandangkan cuaca agak muram. Perjalanan jauh. Kami terpaksa meninggalkan Tenom tanpa bertemu dengan Wak Khamis.

Selamat tinggal Tenom.
Selamat tinggal Asli.
InsyaALlah,nanti tiba waktunya boleh berjumpa dengan Wak Khamis sambil menjamah satenya.


Shakir Taha
Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan.

Friday, October 14, 2011

Sajak Atas Nama

Ada yang atasnama Tuhan melecehkan Tuhan
Ada yang atasnama negara merampok negara
Ada yang atasnama rakyat menindas rakyat
Ada yang atasnama kemanusiaan memangsa manusia

Ada yang atasnama keadilan meruntuhkan keadilan
Ada yang atasnama persatuan merusak persatuan
Ada yang atasnama perdamaian mengusik kedamaian
Ada yang atasnama kemerdekaan memasung kemerdekaan


Maka atasnama apa saja atau siapa saja
Kirimlah laknat kalian
Atau atasnamaKu perangilah mereka!
Dengan kasih sayang!


Oleh Prof. Dr. Mustofa Bisri

Monday, October 10, 2011

Tenom,Sabah

Aku pernah di sini. Pekan Tenom di daerah pedalaman Sabah. Aku tinggal di sini selama lima tahun. Pekan yang ku tinggalkan 30 tahun lalu telah ku ziarahi semula pada 15 Jun 2010 lalu, yang mempamerkan wajah yang baru. Tapi aku masih mengenali wajahnya walaupun mengalami banyak perubahan. Dan aku tidak pernah lupa kepadanya.
Tenang dan damai. Ketenangan di pekan ini ada waktunya dipecahkan oleh suara keretapi pagi dan petang. Udaranya masih segar. Pepohon hijau masih banyak lagi.

Di pekan kecil inilah aku dan Yusof Maulud bertugas selama lima tahun. Tak lama kemudian Yusof ditemani oleh isterinya,Aminah Baharuddin. Sepasangan suami isteri ini berasal dari Perak Darul Ridwan.

Friday, October 7, 2011

Wak Satay dan Salmah Yunus

Tahun 1980 ada dua orang yang bernama Zainuddin Ahmad.Seorang opsyennya matematik dan seorang lagi perdagangan. Hari ini aku sempat berbual dengan sepasangan suami isteri.

Pasangan itu,Zainuddin Ahmad dan Salmah Md Yunus. Semasa di maktab Zainuddin lebih dikenali dengan nama 'Wak Satay'.Beliau berasal dari Sungai Merab,Selangor Darul Ehsan.

Sekarang beliau tinggal di Tawau. Katanya sudah beli rumah di Tawau.Tapi mengajar jauh juga. Di Sk Paris 3,Kinabatangan. Sekolahnya dekat dengan jalan raya.

Salmah dari segi saiz,macam dahulu. Saiznya tetap 's'. Dahulu Salmah saiznya sama dengan Fauziah Sulaiman@Fauziah Jepun. Kini Fauziah telah mengatasi Salmah. Salmah waktu mengajar tak perlu pakai pembesar suara. Voliumnya cukup tinggi.

Katanya bulan Disember ini balik bercuti di Sungai Merab,rumah mak mertuanya. Jadi kawan-kawan yang tinggal Selangor, inilah masanya kalau hendak berjumpa dengan Salmah.

Menurut Zainuddin, dia mengambil masa juga untuk 'mengecam' gambar kawan-kawan yang ada dalam blogpis ini. Dia ingat-ingat lupa. Tapi akhirnya kenal juga kawannya yang bernama Normadiah.(Konal jugo dia dgan Nomadiah).

Thursday, October 6, 2011

Uncle Mus Di Pulau Pinng

Tahun lepas Uncle Mus ke Pulau Pinang. Beliau sempat menziarahi kampung halamannya di Changkat,Nibong Tebal. Saudara maranya masih ada dikampung. Uncle Mus kuat ingatannya. Dia masih boleh ingat lorong dan jalan ke kampung halamannya. Aku dan Uncle Mus singgah di rumah saudara maranya di kampung Changkat.

Saudara maranya hanya pernah dengar nama Uncle Mus dan ceritanya. Ceritanya meninggalkan kampung dan pergi ke England. Pernah dengar nama tetapi tidak pernah melihat orangnya.

Uncle Mus meninggalkan Tanah Melayu lebih daripada lima puluh tahun. Beliau masih lancar dan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

Sunday, October 2, 2011

HUTAN MERAPOH - PAHANG


Salam teman2. Rasanya macam lama juga tidak meluahkan perasaan di laman ni, maklumla, kita masih terikat dengan tanggungjawab dan bebanan kerja sebagai kakitangan kerajaan. Lainla halnya dengan Saudara Shakir dan tuan Salim. Cemburu gak tengok YB tu ( yang bersara )

Baru2 ni, aku dijemput oleh BPG untuk kononnya menyampaikan ceramah/taklimat kepada guru-guru zon timur ( K'tan, Tgganu dan Pahang ) mengenai Pend Alam Sekitar Merentasi Kurikulum. Mungkin ada kaitannya dgn option Geografi semasa di MPG dulu dan menjadi JU alam sekitar plak. Guru2 geografi dah makin pupus, tak banyak keluaran geografi kebelakangan ni, jadii... otai ni juga diperah keringatnya, rasa macam tak larat dah, tapi aku bedal juga.

Perjalanan seorang diri menaiki kereta memang mendebarkan sebab aku masuk hutan, bukan tempat temadun. Pokok, gaung, bukit, haiwan liar, orang asli dan bermacaam lagi aku jeling sebelah mata dari tingkap kereta. Aku teringat masa bertugas di Semporna, 2 kali kapalterbang, 1 kali pick-up dan 1 kali teksi sapu, baru sampai ke sekolah lamaku yang amat aku rindui. Berbanding tahun posting dulu 1981 dengan sekarang, tentu dah banyak berubah.

Di taman negara Sg Relau, merapuh, aku menjadi jurulatih, fasilitator dan penceramah sebab renjer perhilitan boleh menyampaikan ilmu2 hutan dan haiwan liar serta beberapa permainan alam sekitar sahaja. Babak adaptasi dari pengalaman guru2 sasar di hutan aku ambil untuk diubahsuai dalam kelas, aktiviti koko dan kegitan sekolah.
Peehhhh !!!! bunyi dahsyat beb. Tah ya, tah tidak tu ?.

Seperti semasa di Sabah, tak banyak jauh bezanya, cuma dialek harian sahaja yang lamaaa...... sudah aku endak dangar bah ! Suatu ketika aku terserempak dengan anak $@&&$#@ ( plat negeri selangor dan nombor 1 ) pada mulanya tu seronok aku tengok, tapi setelah ditegur bahawa jika ada mangsa pastinya ada pemangsanya berhampiran. barulah naik bulu roma aku, lantas aku terus jauhkan daging ranumku dari tempat itu ( hutan ). Di Pulau Pinang pun ada plat sejenis ini, tapi orang tak suka pakai. Apatah lagi kalau nombor 1 nya ada 4 berturut, lagi laa... .

Lima hari bagi orang muda macam tiadah..ba itu, tapi bagi aku agak sudah lama. Pada hari akhir kursus itu, aku bertolak keluar dari Kuala Lipis jam 4 petang dan bercadang mengambil jalan camel trofi iaitu dari Kuala Lipis via Jerantut via Temerloh via Triang via Bahau via Gemas via Segamat, Batu Pahat and back to Pontian. Sampai sekarang aku masih heran mengapa aku ambil jalan tu. Apa taknya, drive seorang, dalam hutan, gaung, gunung dan kawasan sunyi pada waktu lewat malam !! Orang sakai pun aku tak jumpa, agaknya itulah berkat kita niat bersih, doa dan tak berhenti2 mengomat-ngamitkan mulut sepanjang jalan. Sampai rumah jam 2.30 pagi. Alhamdullilahhh... selamat sampai. Bukannya apa, dahla ngilu kalau tesua jin jemblang, penunggu kampung !, binatang buas lintas jalan !, perompak ! dan yang aku risau sekali ialah kalau ada penumpang yang aku tak tahu bila masa dia naik.

Teringat aku, masa pergi ziarah Rohim Mohammed di Pulau Bumbum, masa muda tak ada ingat apa-apa pun. Mana lanun,mana ombak tinggi,mana hantu pulau, mana org2 filipin. Bila dah lanjut usia fikirnya pun macam atok dan mak bapak kita dulu. Syukurkan lah, kita dah matang.

Ok la, dah lari tajuk jauh ni ! sebelumaku melalut, salam sayangku untuk semua

Thursday, September 29, 2011

Nanti Bila Kau Nak Kahwin......

Aku teringat kembali nama Bob bila Zakaria Hamid menyebutnya kelmarin. Zakaria dahulu mengajar di SMK Tenom. Sekarang Zakaria bertugas di PPD Seberang Perai Utara.Pulau Pinang. Bob,Zakaria Hamid dan Aslie Sahat(Sabah) mengajar di situ. Aku di SMJK Chung Hwa. Kami selalu berjumpa baik di rumah Zakaria ataupun Pekan Tenom.

Ceritanya pelajar-pelajar SMK Tenom mengadkan 'reunion'. Menurut Zakaria Hamid ataupun selalu kami panggil,Ya Pak Mid bekas-bekas pelajar SMK Tenom yang menganjurkan program ini.Tentulah bekas-bekas pelajar tahun 80an. Bob dan Toba turun ke Sabah. Zakaria tidak dapat hadir kerana ada urusan pejabat.

Kami memanggilnya Bob. Gelaran itu lekat sampai sekarang. Dan Bobpun tidak kisah orang memanggilnya Bob. Malah semacam sudah serasi dengannya.

Beliau seorang guru matematik. Dia cukup baik dengan anak didiknya. Dan anak didiknya cukup sayang dengannya. Mungkin sebab itulah Bob turun ke Sabah baru-baru menyahut panggilan anak didiknya.

Dia orang Perak. Ringan tulang. Peramah orangnya. Dia cukup minat dengan barang-barang 'second-hand'.Dia pasti membelinya dengan harga yang cukup murah. Kawan-kawan yang balik ke Semenanjung tidak berkira sangat dengan Bob. Aku ingat lagi Bob membeli motorsikal 'Vespa'. Kalau tak silap Vespa itu milik Mat Dollah. Mat Dollah menjualnya kepada Bob. Bob tersengih dapat memiliki Vespa 'tua' itu.

Suatu hari aku terdengar Bob hendak bertunang. Aku tidak bertanya dengan siapa dia hendak bertunang.

Suatu petang aku terjumpa Bob di Pekan Tenom. Hari tamu. Bob cukup riang. "Bob boleh tanya sikit,". Dari air mukanya aku nampak dia cukup gembira. "Boleh,banyakpun boleh," kata Bob.
"Betul ke kau nak bertunang." tanyaku untuk mendapatkan kepastian. "Betul."kata Bob selamba sahaja.

"Aku nak pesan satu saja Bob. Satu shaja. Kau kahwin nanti janganlah pilih isteri 'second-hand'."

Friday, September 23, 2011

Thursday, September 22, 2011

Pertemuan Ex-MPG Setelah 31 Tahun

















Sempena menyambut Shawal Tuan Yusof dan Puan Aminah telah berjaya mengadakan pertemuan dengan bekas rakan daripada Maktab Perguruan Gaya.

Pertemuan itu telah diadakan di rumah beliau. Antara yang hadir ialah Normadiah dan suaminya, Ramlan Aziz dan Shirley@Salina,Suratno dan isterinya.

Menurut Normadiah pertemuan ini cukup bermakna setelah 30 tahun lebih tidak berjumpa. Banyak perkara lucu dan sedih menjelma kembali. Semuanya tinggal kenangan yang indah dan sekali sekala mengusik jiwa.

Wednesday, September 21, 2011

MISMAN


Sepanjang ingatan aku Misman tidak banyak bercakap. Mudah senyum bila berjumpa dengan kawan-kawan. Orangnya berbadan tegap dan sasa. Selalu berketayap hijau semasa di MPG. Berkahwin dengan Siti Rukiyiah. Mereka tinggal di Johor sekarang.

Semasa di Sabah(1982) kalau tak silap aku,mereka tinggal di Beaufort, Sabah. Rumahnya selalu menjadi tempat persinggahan. Ada yang tumpang tidurnya.Ada yang tumpang bersalin(beranak). Pendek kata rumah Misman sentiasa dikunjungi tetamu. Cuma sahaja yang tidak pernah singgap di rumah Misman. Bukan apa-apa. Ada selalu terus ke Kota Kinabalu. Kalau singgahpun sekejam sahaja. Sekadar pusing-pusing melihat pekan Beaufort.Waktu itu pekan Beaufort macam pekan 'cowboy'. Tak banyak yang menarik dan selalu diserang banjir.

Tuan Yusof selalu singgap di sini selepas dia kawin.Selepas solat Jumaat dia akan turun dengan keretapi dari Tenom.Hampir setiap minggu dia turun ke Beaufort berjumpa dengan Aminah. Di rumah Misman telah Yusof selalu bersantai dan 'bersidai' bersama Aminah. Misman dan Siti Rukiyiah dengan senang hati menerima rakan dari MPG. Pendek kata rumah mereka macam asrama.

Sekarang ini kesihatan Misman merosot. Dia diserang penyakit kencing manis. Ada waktunya dia pengsan. Walaupun begitu dia masih tetap senyum bila kawan-kawan datang menziarahinya.Itulah keistimewaan Misman

Oleh Shakir Taha

Tuesday, September 20, 2011

Suratno Parmin


Suratno Parmin selepas keluar maktab, aku tidak pernah bertemu wajah dengannya. Pernah sekali aku menelefonnya.Bertanya khabar. Masa itu dia di Jabatan Pelajaran Selangor.

Khabarnya menyambungkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa UPM(PJJ) semasa menuntut di situ.

Monday, September 19, 2011

Ramlan Aziz Dan Sally@Salina


Pagi ini aku menelefon Ramlan. Talian telefon tidak baik. Suara dia dan suara aku macam tidak kedengaran. Sekarang dia bertugas di Kementerian PengajianTingi. Pada mulanya dia tidak begitu perasaan aku. Dia ingat pegawai dari kolej mana. Mulanya dia bercakap perlahan dan berhati-hati juga.Bila aku perkenalkan diri,perbualan jadi rancak dan menarik.

Aku kenal Ramlan Aziz semasa di MPG. Dia dengan aku masuk kolej tahun yang sama, 1979. Dia seorang yang mudah didekati. Seingat aku kerap kebiliknya. Aku ke biliknya kerana melihat dia membuat 'layout' majalah Maktab Perguruan Gaya. Dia ditugaskan sebagai Ketua Pengarang.

Semasa di maktab aku lihat dia cukup rapat dengan anak gadis dari Kota Belud. Berjalan bersama.Makan bersama. Maklumlah dia dengan sumandak itu opsyen yang sama. Opsyen Ilmu Hisab. Ramlan orang Perak. Kawan Ramlan, Yusof Maulutpun orang. Tapi Si Usop ini mengaku dia orang Johor. Orang Kluang. Semua orang di kolej percaya. Dia menggunakan alamat: Kg.Mengibut Bt.4 Kluang,Johor. Tapi bila dia bercakap Inggeris, Inggerisnya keJawaan.

Ramlan Aziz berkahwin dengan Sally@Salina.Bila aku bagi tau yang Ramlan kawin dengan Sally,Che terkejut."Betul ke? Che Li ketinggalan keretapi. Kata Che Li,"Aku tahulah mereka tu rapat. Tak tahu pula dia kawin dengan Sally." Kesian kawan ku ini. Baru tahu perkembangan Ramlan.

Aku sendiri belum berjumpa dengan Ramlan dan Salina. Sudah 30tahun lebih aku tidak berjumpa dengan mereka. Tuan Salim Ismail ada berjumpa dengan Ramlan. Che Li Dinpun sudah berjumpa dengan Ramlan. Cuma aku sahaja yang belum berjumpa dengan dia. Hajat hati nak jumpa.Jika diizinkan Tuhan,isyaLlah boleh jumpa,demikianlah kata Saemah Hasan kepadaku baru-baru ini.

Oleh Shakir Taha

Sunday, September 18, 2011

Gambar Terkini Yusof dan Aminah


Susah nak cari gambar Yusof seperti ini.Dahulu di MPG langsung tak mahu bergambar dengan Si Dia tu. Sekarang dah jadi Dato dan Datin.Sikit punya bergaya. Aku sempat belajar ilmu dengan Tuan Usop. Ilmu tulang besi,urat dawai. Tengoklah Usop,cukup bergaya. Stedi saja. Boleh tambah saja! Bila-bila saja!

Aku salutlah dengan Usop. Bila sampai PulauPinang pasti telefon aku. Tapi aku selalu tak ada di Pulau Pinang.

Aku sudah ke rumahnya di Putrajaya. Besar. Luas dan lapang. Buat reunion cukup cantik. Dan Yusofpun masih kuat dan sihat. Hari-hari dia buat senaman Tai Chi yang dia belajar dengan Mr. Chew dahulu.

Aminah yang selalu membahasakan dirinya, Min. Katanya, Min sayang Abang Usop. Apa tak,Usop ini bukan tau marah. Min pandai menulis cerpen. Bacalah cerpennya yang ditulis dalam majalah MPG 79/80. Siapa yang tak ada majalah itu boleh pinjam dengan aku. 'Prof Roslipun ada majalah itu. Dia simpan majalah dengan baik.Tapi Tuan Usop tak tulis cerpen,tak tulis sajak. Dia ajar alif,ba,ta,sa'..1*8+8{ } ++=

Oleh Shakir Md Taha


Monday, September 12, 2011

Dahulu Memanglah Kawan Kita

Rata-rata orang buat rumah terbuka.Perdana Menteri buat,menteri-menteri buat. Pendek kata semua berebut nak buat rumah terbuka. Disamping itu ada buat kenduri kahwin. Kedua-duanya aku pergi. Bukan nak makan sangat. Sekadar hendak berjumpa kawan-kawan yang sudah kian lama tidak berjumpa.

Memang seronok berjumpa kawan lama. Macam-macam cerita ada. Dalam banyak-banyak cerita, ada cerita dari seorang kawan yang cukup mengejutkan aku. Aku teringat kata-kata Salim, "dahulu betul mereka tu kawan kita,baik dengan kita. Bila dah ada pangkat,kaya dan senang mereka buat tidak kenal dengan kita." Biasalah tu. Adat dunia.Malim Kundang.

Berbalik kepada cerita kawan tadi. Aku terkejut mendengar cerita itu. Tak sangka dia boleh herdik kawan dia sendiri di khalayak ramai. Di rumah kenduri. Banyak mata yang memandang. Kawan aku ini menggunakan perkataan "hang" sahaja.Lantas kawan itu, dengan nada suara yang kasar,"hang,hang,apa hang?

Mungkin kerana dia ada kedudukan sedikit dimata masyarkat, dia mahu dibahasakan dirinya dengan panggil Tuan dan sebagainya. Mungkin.

Sindrom Malim Kundang biasalah dalam mana-mana masyarkat yang lupa kepada kebesaran Tuhan. Lupa dia datang dengan tangan kosong,Kosong dada. Tak ada seurat benangpun yang menutup tubuhnya sewaktu lahir ke dunia. Lupa dia akan pulang bertemu Allah, berkain kapan putih sahaja.

Aku sendiri tidak tahu di mana orang itu tinggal. Dan aku juga lupa hendak bertanya di mana dia tinggal. Biarlah.

Oleh Shakir Md Taha

Sunday, September 11, 2011

Sembilan.Sembilan. Sebelas


Tarikh di atas Aku bertemu kembali dengan Rosly Hanipah. Dalam emel kepada aku, "macam bertemu di MPG bukannya di SMKMS." Pertemuan setelah 31 tahun.Kami bertemu diawal usia belia remaja. Kali ini bertemu diusia wargamas. Pertemuan yang memakan masa kira-kira 40 minit itu cukup bermakna(kerana hidup ini ada maknanya).

Aku perhatikan percakapannya seperti dahulu.Lembut dan tenang.Nada suara jelas didengar. Tapi rambut putih sudah mula meyerang di kepala,janggut dan misai.

Banyak juga cerita menarik yang dapat aku kumpul daripada Rosly tentang kawan-kawan lepasan MPG. Dia bertanya beberapa nama tapi aku kata tak ingat( walaupun sebenarnya aku ingat dan tahu)

Selepas balik dari Sabah,Rosli menyambung pelajarannya di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang sepenuh masa dengan separuh gaji. Isterinya tidak bekerja.

Dengan tekun sabar dia belajar walaupun separuh gaji. Akhirnya dia berjaya menggenggam segulung ijazah.

OlehShakir Md Taha

Normadiah Naemat Yang Aku Kenali


Tidak banyak yang Aku ketahui tentang Normadiah. Beliau datang ke MPG pada 1980 sebagai guru pelatih. Wajahnya kelihatan tidak ceria.Seperti orang sedih. Mengingatkan sesuatu. Pastinya Aku tidak tahu punca kesedihan kerana Aku tidak pernah bertanya. Tapi aku cukup yakin dia sedih. Seingat aku Normadiah tidaklah bertudung seperti sekarang. Sekadar bersekaf sahaja.

Dia orang kuat nasyid Maktab Perguruan Gaya. Dan kalau tak silap Aku guru penasihat nasyid waktu itu, Ustaz Ali. Aku tidak pasti adakah masyid maktab ini membuat persembahan di mana-mana. Itu aku tidak tahu sungguh. Normadiah tentu tahu. Dia yang boleh menceritakan segala-segalanya.

Khabarnya semasa di maktab beliau telah bertunang. Itu juga aku tidak pasti. Aku tidak pernah bertanya hal itu. Normadiah sahaja yang tahu. Mungkin rakan sebiliknya,Fauziah Mahmud tahu. Itupun aku tak tahu.

Sekarang Normadiah sudah berkahwin. Beranak dan bahagia bersama suami tercinta. Ungkapan yang selalu disebutnya,"Hingga hujung nyawa." Aku suka dengar ungkapan kumpulan Alleycat yang berbunyi,"Hingga akhir nanti."

Oleh Shakir Md Taha

Friday, September 9, 2011

Akhirnya Aku Bertemu Juga.....


Aku kira sudah 31 tahun tidak bertemu dengan beliau. Sekarang usianya sudah menjangkau 52 tahun. Baru kelmarin aku berjumpa dengan beliau,berkat pertolongan Sdr. Mohd Mamsin. Beliau memberikan nombor telefon 'Prof'. Nama ini hanya dikenali di maktab sahaja. Dia tinggal sebilik dengan aku semasa di MPG,tahun 1979. Orangnya kursus,rendah kira-kira 5 kaki 1 in. Berkaca mata ala Mahatma Ghandi. Jalannya bongkok sedikit seperti mencari barang yang hilang. Lembut tuturkatanya. Pendiam sedikit. Kelihatan serious. Sebenarnya tidaklah serious.

Aku memberi tahu Salim Ismail sudah bertemu dengan 'Prof'. "Dia prof ke sekarang? tanya Salim. Ternyata Salim sudah lupa dengan kawan ini. Hastarijapun sudah lupa dengan 'Prof' yang seorang ini. Padahal dialah meng'oriented' teruk Sang 'Prof' ini. Bila jumpa junior orang Perak pasti kena 'teruk' dengan Hastarija. Sampai sekarangpun "Prof' masih ingat dengan Hastarija. Cuma Hastarija sahaja yang tak ingat pada 'Prof' ini.

Aku hanya sempat berbual dengan 'Prof' lebih kurang 40 minit. Hari Jumaat. Aku sampai agak lewat ke tempat kerjanya. Oleh kerana hari itu Jumaat,aku perlu segara pulang. Perjalanan pulang tidak sibuk dan disambut dengan kedatangan hujan yang lebat.


Oleh Shakir Md Taha

Wednesday, September 7, 2011

Ex-MPG 1980-1981

Kawan sekelas dengan Normadiah(bukan pelakon) semasa di Maktab Perguruan Gaya. Kalau tak silap Aku,Norhasanah dan Normadiah penyanyi nasyid MPG.

Norhasanah tak banyak berbicara sewaktu di maktab. Senyum adalah. Dia berasal dari Johor. Terkini mengajar di Johor. Kalau hendak tahu nama sekolah dia mengajar tanyalah Puan Normadiah. Normadiah kawan baik dia.

Tuesday, September 6, 2011

Sepasang Suami Isteri

Misman dan Siti Rukiyah,Aku kenal semasa di MPG dahulu. Tahun 1980. Sudah ada ramai cucu.

Misman dan Siti tinggal di Johor. Khabarnya Misman diserang kencing manis dan darah tinggi. Tapi tetap riang bila bertemu kawan-kawan.

Wak Yusof Maulut yang pernah tinggal di Johor dan mengaku dia orang cukup kenal baik dengan Misman.

Untuk perhatian Sdr. Salim Ismail ini adalah gambar terbaru Misman dan Siti Rukiyah.

Monday, September 5, 2011

SiasahKini: Biodata Muhammad Indera yang dikatakan pengganas??...

SiasahKini: Biodata Muhammad Indera yang dikatakan pengganas??...: Muhammad (Ahmad) bin Indera atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan salah seorang pemimpin yang menjadi terkenal kerana...

Friday, September 2, 2011

KEMBARA KHALIFAH: Nenek Oh! Nenek !

KEMBARA KHALIFAH: Nenek Oh! Nenek !: Dalam program bersama NGO Wargakilang aku singgah di rumah seorang perempuan tua di Padang Serai.Dia tinggal dirumah yang sudah usang bertem...

Sunday, August 28, 2011

KEMBARA KHALIFAH: Indahnya Memberi

KEMBARA KHALIFAH: Indahnya Memberi: rKetika orang lain berpusu-pusu pulang ke kampung Wargakilang masih lagi sibuk mengagihkan barangan keperluan menyambut 1 Shawal di sekitar ...

e-dzahab.com: ANDA MAHU BELI RUMAH 3 TAHUN LAGI? BELI PERAK DULU...

e-dzahab.com: ANDA MAHU BELI RUMAH 3 TAHUN LAGI? BELI PERAK DULU...: Harga perak terus mendaki dari sehari ke sehari. Bila saya mencadangkan kepada rakan-rakan saya untuk membeli perak, mereka memberi alasan ...

Friday, August 26, 2011

Salam Eid-ul Fitr & Salam Kemerdekaan


Wishing all Ex-MPG Salam Eid-ul Fitr
&
Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara ke-54

Tuesday, August 23, 2011

KEMBARA KHALIFAH: Monolog Seorang Ibu Tua

KEMBARA KHALIFAH: Monolog Seorang Ibu Tua: Pada mulanya Aku fikir ini hanya sebuah pondok. Sebuah pondok mainan. Mungkin pondok menunggu durian. Bukan apa seingat Aku semasa usia rema...

Sunday, August 21, 2011

KEMBARA KHALIFAH: Malaysia NegaraKu Kaya Raya

KEMBARA KHALIFAH: Malaysia NegaraKu Kaya Raya: Malaysia negaraku. Rakyatnya berbilang bangsa.Pak Menteri selalu bilang negara kita kaya raya. Maka semua juak yang ada pasti akan mengiyak...

Friday, August 19, 2011

Aku dan Azizan Dahaman Di Sandakan (1982)

Aku dan Azizan Dahaman di Batu Sapi, Sandakan Sabah. Di Batu Sapi yang sepi.Pantainya putih bersih. Tapi sekarang tak pasti bagaimana keadaannya. Sebagaimana Aku tidak pasti bagaimana keadaan Azizan Dahaman sekarang.

Tahun pertama Aku tinggal sebilik dengannya. Suhaimi Hussein, Wan Zainuddin, Nasaruddin Bujang dan Eswan Keliwan.

Suhaimi,Azizan dan Eswan senior Aku. Azizan lebih dikenali dengan panggil 'Maulana', Suhaimi Tok Syeikh.
Suhaimi orang Pahang.Azizan anak kelahiran Perlis dan Eswan orang Jawa yang berasal dari Johor.

Thursday, August 18, 2011

Tuesday, August 16, 2011

Inilah Vespa Tuan Omar Bakar

Inilah motosikal 'VESPA' Tuan Omar Abu Bakar. Khabarnya motorsikal ini dibawa balik ke Semanjung dan digunakan di Langkawi.

Saturday, August 13, 2011

Sudah 12 Hari Kita Berpuasa

Hari ini sudah 12 hari kita berpuasa.
Jadi tinggal 17 hari kita nak berpuasa.
Raya dah dekat.
Kawan-kawan tentu ada yang bersiap nak balik kampung.

Salim Ismail tentu nak balik Pulau Pinang.
Mungkin balik ke Pulau Pinang dahulu, selepas itu balik Kedah jumpa Pak dan Mak Mentua.
Mamsin tentu nak balik Taiping.Isterinya orang Taiping.
Badaruddin yang senang sekali. Hari-hari boleh balik rumah Pak Mentua. Dekat. Dekat sangat.

Salam buat semua kawan EX-MPG di seluruh Malaysia dan luar negeri.

Oleh Shakir Md Taha

Tuesday, August 9, 2011

Kenangan Lama,Saiful Anuar dan Omar Abu Bakar

Gambar ini dirakam semasa di Maktab Perguruan Gaya.Kota Kinabalu,Sabah. Gambar sewaktu membuat latihan mengajar. Omar di PPD Pendang,Kedah manakala Saiful di Slim River, Perak.

Saiful Anuar Safian

Sekali pandang pada gambar ini sukar dikenali siapa orangnya. Mungkin ada yang menyangka pelakon Bollywood. Penulis sendiripun tidak pasti siapa orangnya. Maklumlah sudah 31 tahun berlalu. Macam-macam boleh terjadi. Salim England cukup rapat dengannya semasa bertugas di Sandakan.

Semasa penulis melawat ke Sandakan tiada berkesempatan untuk bertemu dengan beliau. Semasa di maktab beliau diamanahkan memegang jawatan bendahari. Jaga wang.

Selepas keluar maktab penulis tidak pernah langsung berjumpa dengannya. Tiga puluh satu tahun tidak berjumpa. Hanya berbual melalui telefon sahaja.Suaranya tidak berubah. Sekali sekala loghatnya macam Nana Tanjung sahaja.

Sekarang bertugas di Slim River kampung halamannya. Ya, Slim River di Perak.

MerdekaReview - Pemuda PAS: Jangan kerana miskin, akhirnya mereka jadi murtad

MerdekaReview - Pemuda PAS: Jangan kerana miskin, akhirnya mereka jadi murtad

Omar Abu Bakar


Omar Abu Bakar berasal dari Kedah.Kawan baik Aku semasa di Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu(1979-1980). Orangnya berkulit sawa matang. Tingginya 5 kaki.Suaranya garau. Percakapannya cukup jelas dengan loghat Kedah yang cukup pekat.

Selepas keluar maktab Tuan Omar bertugas di Sandakan bersama Mamsin. Semasa Aku di Sabah sempat pergi ke tempat Tuan Omar mengajar di SM Vokasional Sandakan.

Semasa di Sandakan Aku beli undang galah cukup banyak. Harganya murah. Rasanya sedap dan manis. Omar dan Mamsin makan sedikit sahaja undang galah. Kata mereka selalu sangat makan,jadi dah jemu.

Seingat Aku Omar ada motorsikal jenama Vespa. Motorsikal inilah yang digunakan untuk pergi ke sekolah. Tidak pasti Vespa ini dibawa pulang ke Kedah atau tidak. Kalau dibawa pulang cukup antik.

Omar Abu Bakar yang bersuara garau ini, sekarang bertugas di PPD Pendang, Kedah. Selamat bertugas Tuan Omar.

Sunday, August 7, 2011

Madrasah Ramadhan

Hari ini masuk hari ke 7 berpuasa.
Lapar dahaga diahan juga
Itulah adab berpuasa
Mengata umpan keji elak selalu
kerana puasa bukan sekadar menahan lapar dahaga

Seperti biasa,cuaca panas.
Perniaga pasar ramadhan cukup gembira
Perniagaan cukup laris
Belum pukul 6 petang dagangan diserbu habis
Perniaga senyum puas
Malamnya ke mesjid dan ke surau
Saf penuh sungguh
Tua,muda,kecil besar semua ada
Tertib perlu ada.
Yang tua dihadapan
Yang kecil belum baligh di belakang.
Yang mengerti ikut adab hukum fekah

Madrasah Ramadhan datang setahun sekali
Pahalanya hebat sungguh
Ganjaran tawaran 1 000 bulan yang mendapat anugerah.
Di malam 10 terakhir ramadhan.

Malamnya bersama solat terawih
Lupakan soal 8 rakaat ataupun 20 rakaat.
Malamnya bersama bertadarus Al-Quran
Di tengah malam sunyi kelam
Tanpa kandil atau lampu eletrik
Sujud kepadaNya
Sujud yang penuh indah dikesunyian malam.
Madrasah Ramadhan!


Oleh Shakir Md Taha

Thursday, August 4, 2011

KEMBARA KHALIFAH: Tambahan Tentang Tuan Guru Hj Mohd Nahu Kuala Beri...

KEMBARA KHALIFAH: Tambahan Tentang Tuan Guru Hj Mohd Nahu Kuala Beri...: "Baru-baru ini penulis ke Sungai Jagung, Pendang Kedah. Di sini ada seorang guru silat gayung. Penulis selalu memanggil namanya Abang Man. Di..."

.: Susupan Tengahari

.: Susupan Tengahari: "Penawar Desak Najib Letak Jawatan? MAKLUMAT yang baru saya terima sebelum jam 12:00 tengah hari tadi agak menggegarkan juga. Berita ini m..."

Thursday, July 28, 2011

.: Susupan malam

.: Susupan malam: "Padan Muka Wan Ahmad Kena Sorak Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar hari ini ini malu besar apabila diboo oleh hadirin di majlis dia..."

.: Susupan Malam

.: Susupan Malam: "Najib Perlu Nilai Tindakan Polis SEBUAH protal berita hari ini melaporkan polis telah menangkap sekumpulan lelaki berbaju kuning di Setese..."

.: Ulasan Isu

.: Ulasan Isu: "Tindakan Pas Tolak Sistem Biometerik Betul TINDAKAN Pas menolak penggunaan sistem biometerik kononnya untuk membenteras pengundi hantu tep..."

Tuesday, July 5, 2011

.: Geram Sore

.: Geram Sore: "Ambiga Menewas Ibrahim dan Khairy Malaysia negara ajaib, sesutau boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Perubahan lebih cepat dari anak ..."

Dahulu Dan Sekarang-1980-2011

Namanya Arshad Lokman. Guru pelatih MPG Kota Kinabalu 1980-1982. Khabarnya mengajar di Perak. Tetapi tidak tahu di mana.

Monday, July 4, 2011

DERITA TERORIS AMERIKA SYARIKAT

Wajah seorang tentera Amerika Syarikat yang terlibat dalam peperangan di Iraq dan Afghanistan. Derita terpaksa ditanggung sepanjang hayat.

Ini sedikit sahaja balasan yang diterima atas kejaman yang dilakukan di Iraq dan Afghanistan.

Oleh Shakir Md Taha

Sumber:Arrahmah.com

Sunday, July 3, 2011

Baju Kuning, Air Kuning


Semakin ramai yang ditangkap kerana memakai baju kuning.
Tapi bagaimana dengan minuman ini. Lihat gambar disebelah.
Baju dalam kuning kena tangkap.
Mungkin siapa yang minum, minuman kuning kena tangkap.

MerdekaReview - A Samad: Kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!

MerdekaReview - A Samad: Kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!

Friday, July 1, 2011

Cikgu Che Aziz dan Pekan Kemabong

















Aku ke Tenom tahun lepas tapi sayang sekali tidak sempat menjenjuk wajah Pekan Kemabong. Wajahnya telah banyak berubah.Dahulu sekolahnya diperbuat daripada kayu.

Di sinilah ramai guru muda dari Semenanjung dan Sabah menabur bakti mendidik anak bangsa.
Salah seorangnya,Che Abdul Aziz yang berasal dari Kelantan. Anak muda ini kalau tak silap aku,dia mengajar matematik.

Beliau pasti akan ke Teom pada hujung minggu dengan scramlernya. Kalau musim bolasepak piala dunia, dia turun ke Tenom untuk menonton tv. Di Kemabong pada masa itu tiada eletrik. Tiga puluh satu tahun yang lalu. Air untuk mandi ada sungai. Sekali sekala sungai ini, airnya mengalir lesu. Air hujan ditadah buat minuman.

Seingat Aku Che Aziz bertahan lama juga di Kemabong. Beliau ada memohon untuk bertukar ke Tenom tapi entah macam mana tak jadi. Tinggallah dia di Kemabong yang kaya dengan kesunyian malam.Dan malamnya bertemankan lilin dan lampu minyak tanah untuk mengusir malam yang pekat.

Malamnya diisikan cerita dan perbualan.Waktu itu malam di Kemabong cukup sunyi. Bunyi cengkerik adalah alunan muzik asli waktu malam. Diselang seli dengan bunyi kuang di rimba.Sang nyamuk juga tidak ketinggal mengalunkan nyanyiannya.

Sunday, June 26, 2011

Setelah KAU tiada.








Kehidupan adalah satu perjalanan hidup yang berterusan sehinggalah ke suatu titik noktah iaitu kematian.Setiap manusia menempuh pelbagai kehidupan yang berbeza.Susah senang di dalam kehidupan adalah lumrah alam.Ada manusia yang kaya raya dengan harta dan wang ringgit tapi tidak sihat.Ada yang tidak pernah kaya tetapi sihat. Ada yang tidak pernah kaya dan tidak pernah sihat.Sakit.Ada yang sihat dan mempunyai wang ringgit berjuta-juta tetapi tidak bebas dan hidup di dalam ketakutan.Ada yang tidak sihat dan papa kedana.Ada yang tidak pernah menghadapi kesusahan di dalam kehidupan.Orang kata hidup dan mati atas 'duit'.Jangan mati atas'p---t' sudahlah. Ada yang kaya tetapi penderma.Ada yang bertitle' Haji Bakhil'.Kehidupan yang penuh dengan ada-ada saja. Kehidupan yang penuh dengan sandiwara.Drama kehidupan yang dilakonkan oleh manusia di atas dunia yang tidak kekal.

Ada yang kaya raya tapi umur pendek.Ejaan 'umur pendek' tu betul-betul sikit jangan tersilap eja....nanti dapat dosa. Ada yang menjadi popular tetapi umur pendek. Ada yang jadi sampah masyarakat dan tinggal di bawah jambatan di dalam suasana persekitaran yang kotor dan terdedah oleh berbagai jenis penyakit tetapi nampak sihat.Itulah kehidupan yang kita tidak dapat menilai erti kehidupan yang sebenar. Joseph Joubert pernah berkata' Life is a country that the old have seen and lived in.Those who have to travel through it can only learn the way from them'.

Pemergianmu pada pukul 3.30 pagi di musim luruh waktu UK adalah titik noktah terakhir perjalanan hidupmu yang hampir berumur 101 tahun .Panggilan telepon yang aku terima di waktu tidur dibuai mimpi dan berselubung dengan suasana dingin teramat dingin.Suasana dingin di luar jendela boleh membuatkan tubuh menjadi kaku.Kepulan salji putih berduyun-duyun jatuh melayang ke tanah dan hinggap di cermin jendela di dalam keadaan dingin yang mencengkam.Perjalanan hidupmu telah berakhir kini.Aku perlu tabah.Aku perlu menerima hakikat yang hidup pasti mati.Anak dagang mesti berani.Setitik air mata yang jatuh ke bumi adalah air mata 'dayus'.Anak dagang adalah anak jantan.Aku tidak akan menangis.Namun segala kenangan tika hidup bersamamu merupakan episod suka duka di sebuah kampung yang mengalir anak-anak sungai dan dikelilingi sawah padi yang menghijau.

Nenek ada sebuah rumah bertiang nibung beratap rumbia. Rumah nenek di tepi sawah.Di belakang rumah itu ada sebatang anak sungai mengalir tenang.Di sinilah aku berenang-renang bersama kawan-kawan menangkap anak-anak ikan . Di sungai inilah kami terjun,berenang,menyelam ibarat mandi di kolam renang di condominium yang dinikmati oleh generasi moden pada masa ini.Anak- anak seluang berbolak-balik dan menampakkan sisik di badan yang berkilauan.Anak-anak ikan haruan berlari-lari sambil membenam tubuhnya bersembunyi di sebalik lumpur tanpa diganggu.Di belakang rumah nenek terdapat pohon-pohon nyiur dan pohon-pohon pinang melambai-lambai di tiup angin lembut.Dari arah jendela rumah nenek dapat dilihat lambaian pohon padi yang menguning menandakan musim mengetam telah tiba.Burung pipit dan chak uban berterbangan kekenyanyan selepas meragut biji-biji padi kekuningan tanpa restu.Pemandangan sawah padi yang luas terbentang, pohon-pohon yang menghijau dan tiupan angin sawah yang syahdu adalah lambang kedamaian yang dapat mengubat hati yang pilu,jiwa yang resah dan rindu yang terseksa.Aku sedih dan pilu bila terkenang kampung halaman yang kini telah hilang dek proses pembangunan.


Di sinilah aku memulakan kehidupan di alam remaja di sekitar tahun 70an yang tidak pernah kenal erti pemodenan.Di sini tidak ada tube,LRT, monorail,commuter yang dinikmati oleh remaja tahun 2000.Anak-anak remaja tika itu berjiwa kental,bermaruah dan tinggi nilai-nilai moral,berani menghadapi dugaan dan berjiwa perantau.Bapa saudaraku menjadi pelaut menangkap ikan sardin di Lautan Hindi dan Lautan Pacific hampir 20 tahun berada di laut bukan di daratan.Kini beliau berumur 70 tahun dan menetap di Kampung nelayan Teluk Kumbar.Beliau bekerja di atas kapal Jepun melintasi lautan hingga ke Madagaskar di sekitar tahun 70an dan hampir semua lautan dalam pernah diterokainya.

Nenek ialah seorang yang cergas.Seingat aku nenek tidak pernah sakit.Aku tinggal bersama nenek.Nenek pandai memasak.Setiap masakan nenek menjadi kegemaranku.Nenek pandai masak gulai ikan puyu masak lemak campur daun kesum.Bukan daun ketum.Dulu aku tidak tahu apa itu daun ketum.Mereka lebih kenal daun ganja..Selepas filem hare rama hare krisna meletup pihak berkuasa mengharamkan penghisapan ganja. Filem tersebut juga diharamkan. Aku suka makan pais ikan haruan.Kalau makan tengahari nenek akan hidangkan kari ikan puyu dan ulam-ulam dan sambal belacan yang dipetik di belakang rumah nenek.Ikan-ikan haruan,puyu dan sepat ditangkap di sungai di belakang rumah nenek dengan menggunakan 'bubu buluh'.Nenek juga suka memancing ikan puyu dan haruan sehingga lewat petang.Pemandangan waktu hampir senja cukup indah menampakkan matahari yang sedang terbenam dengan pantulan cahaya yang kemerah-merahan.Sunyi pun mencengkam dan tiada lagi kedengaran suara anak-anak ayam dan nyanyian burung-burung berkicaun.Sesekali terdengar suara cengkerik berlagu nyaring dan sang kodok memecah kesunyian memanggil hujan.Tiada lagi kambing-kambing jantan berlari galak memburu kambing betina.Ayam jantan galak berkokok -kokok memikat ayam betina.Semuanya telah masuk kandang sunyi sepi sambil beristirehat menunggu hari esok yang belum pasti........

Nenek amat mengambil berat tentang amalan agama.Di pagi subuh yang hening aku dapat mendengar nenek melagukan aya-ayat suci Al-Quran.Suara nenek yang merdu semerdu lagu nyanyian Syarifah Aini.Aku sering kelewatan mengerjakan solat subuh.Berkali-kali nenek kejutkan dan berkata,'kalau tidak sembahyang subuh rezeki lari'.Kata-kata keramat itu menjadi pedoman pada diriku supaya jangan meninggalkan solat subuh.Lebih-lebih lagi subuh berjemaah di surau atau masjid.Bukankah bersolat di masjid itu mendapat 27 kali ganjaran daripada bersolat di rumah.

Nenek pergi selepas enam bulan aku berada di luar negara.Kekuatan iman dan semangatku adalah nadi kekuatan yang nenek salurkan pada diriku supaya aku menjadi manusia tabah.Keiklasan,ketulusan,keindahan budi pekerti tersemai di jiwa nenek.Walaupun nenek buta huruf tetapi hatinya tidak buta.Bukankah orang buta dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t. Nenek pernah berkata,'jangan jadi manusia buta hati biar buta mata'. Di dalam Al Quran surah Al-A'raaf ayat 64 Allah s.w.t telah menerangkan tentang kaum yang buta iaitu buta hati.

Hidup bersama nenek telah berlalu.Keindahan dan ketenangan kampung halaman telah hilang dan tenggelam.Rumah-rumah bertiang nibung dan berdinding buluh telah digantikan dengan dinding batu.Sungai-sungai yang dulunya mengalir jernih kini telah dinodai oleh kumuhan bahan-bahan kimia.Anak-anak seluang telah tiada.Ikan-ikan haruan,puyu,sepat telah mati.Pemandangan sawah padi yang menguning dan pohon-pohon yang menghijau telah dimatikan oleh bangunan-bangunan batu.



Aku tidak dapat melahirkan kata-kata puitis,bait-bait ayat yang syahdu tika aku mendapat ilham melukiskan kata-kata rindu semasa aku berada di tepi anak sungai di belakang rumah nenek sewaktu aku menerima berita tentang kematianmu dulu. Aku ingin kembali ke daerahmu.Tinggal bersamamu di sebuah rumah bertiang nibung dan beratap nipah.Aku dapat mendengar suaramu melagukan ayat-ayat suci Al-quran. Aku sudah jemu hidup di Kota London,Amsterdam, Paris dan Kuala Lumpur.Aku teramat rindukan kesunyian.Aku amat rindukan kedamaian.Aku ingin melihat burung-burung berterbangan,anak-anak ikan berenang-renang,sawah padi menghijau dan tiupan angin senja yang dingin.Kini aku terkubur di Kota raya yang tidak kenal erti kemanusiaan.Tidak berperikemanusiaan.