Our Chat Room

Friday, July 9, 2010

Demi Tugas- Tunai Tetap Kami Tunaikan

Tuan Salim bersama Puan Pengetua SMK Bandau
Sdr. Shakir bersama Puan Sharina@Paulina.
Hidup ini beginilah jadinya. Puan Sharina ataupun lebih dikenali dengan Paulina setiap minggu berulang- alek dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu. Setiap hari Jumaat selepas selesai tugasnya akan balik dengan kereta pacuan empat roda menemui orang tersayang. Hari minggu pulang ke KotaMarudu dan tinggal di sebuah rumah yang cukup sederhana dan selesa. Hampir 3 tahun hidupnya beginilah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu memakan masa hampir 2 jam.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pekan Kota Marudu cukup selesa. Tetapi jalan masuk ke SMK Bandau agak sedih. Jalannya belum bertar. Kawanku Salim mengalami sakit urat akibat jalanraya yang berlobang-lobang. Salim beruntung kerana Aku sudah sediakan minyak angin.(Waktu muda Salim selalu pakai minyak wangi tapi sekarang teman sejatinya mestilah minyak angin)

11 comments:

  1. Teringat aku akan sekolah lama ku di Sabah ! Namun pengalaman dan ingatan cukup menusuk sampai umur separuh abad ni. Bisa nya penangan dok kat sabah. Sebak rasanya.
    Tu... di sudut kiri gambar bersama salim sapa tu ? warna hitam.

    ReplyDelete
  2. Alahai Zahari,takkan tak kenalllll natang tu!

    ReplyDelete
  3. Untung hangpa noo, Paulina bawak hangpa pi merata-rata noo. nanti bila aku pi Sabah aku nak suruh dia bawa aku pulak la, mana fair bawa hangpa saja hoi ...... ha ha

    ReplyDelete
  4. Hang bila pi Sabah jangan bawa buah pala. Buah pala 3 bungkus RM10.00.Bawa yang lain lah. Tak tau tanya Salim England@Salim Ketunggap.Kah,kah,kah,kah

    ReplyDelete
  5. masa kami kat sabah kalau tak ada paulina kami tak akan sambai ke Kota Belut dan Kota Marudu.Banyak tempat yang kami singgah.Banyak benda yang kami lihat.Pemandangan melalui jalan kampung sungguh menakjubkan.sedih dan suka pun ada.aku suka singgah gerai-gerai tepi jalan.kalau sampai ke sabah nanti ctclah Paulina dia pasti bawa berjalan-jalan.begitu juga Mariana dan siti dayang.bagi tau kemana saja mereka akan bawa tp pastikan mereka ada masa kalau tak sibuk dan ada meeting.aku suka ikut Taidin.Kalau badan letih akan jadi segar.Jasminilahan pun begitu.port kami ialah di restoran sempelang.bersembang hingga jauh malam.malam di KK macam siang.Samatra beri amaran jangan kau nakal-nakal bah nanti masuk TV sabah.kalau nak tau tanya Tuan Syakir....

    ReplyDelete
  6. Mamsin kalau ke sabah jangan lupa p kota marudu, di sana ada kacang mamsin dan jagung mamsin....kalau nak tau lebih lanjut tanya Shakir & Salim....Sharina bole jadi pemandu pelancong dan aku ikut je temankan Sharina...mana bole kamu berdua2an je....

    ReplyDelete
  7. Sebelum jalan ke Kota Belud, Salim sudah dibagi makan ubat perancang oleh Shakir takut muntah ditengah jalan...maklumlah dulu Salim separuh jalan ja tidak sampai Kota Belud....Salim tunggu2 bila nak pening tapi rupanya sedar tak sedar sudah sampai d Kota Belud...Dulu jalan p Kb bengkang bengkok ikut jalan Tamparuli dan memakan masa 4 jam baru sampai tapi sekarang lurus, cantik dan dalam masa 2 jam ja dari KK p KB....

    ReplyDelete
  8. Shimah,biarlah Mamsin pergi jalan-jalan dengan Sharina tapi waktu sahaja tau!!!!Kah,kah,kah. Aku suka jalan malam.

    ReplyDelete
  9. Aku dah tau dah ttg jagung & kacang tu, mentang-mentang le kulit aku ni terbakar skit, kau orang mengata aku yee .......he he he. Tak apa Shimah, kalau pun Paulina bawa jalan-jalan, Mamsin ni ok, dia org baik .... ha ha ha!!!

    ReplyDelete
  10. Shimah,Mamsin boleh keluar jalan-jalan makan tenghari sahaja dengan Sharina. Siang sahaja.Makan malam pergi dengan Akulah. Aku makan sikit sahaja.Jadi Sharinapun makan sikit.Lagipun sebelah malam Sharina senang nampak Aku,kah,kah,kah,kah!

    ReplyDelete
  11. Tahniah kpd Pengetua & juga Tuan Shakir & Salim yg telah mendahuli lawatan ke SMK Bandau..

    ReplyDelete