Berbicara dengan Tuan Yusof Maulud memang tak kering gusi. Beliaulah satu-satunya orang Perak yang menyamar sebagai orang Johor. Ramai yang percaya kerana ramai yang tak tahu. Anak kelahiran Perak aku kenal sebagai guru pelatih di Maktab Perguruan Gaya,Kota Kinabalu.Opsyen Ilmu Hisab. Disinilah beliau bertemu jodoh dengan Aminah Baharuddin juga orang Perak.
Beliau mula mengajar di Tenom,Sabah. Sekolah pertama beliau memulakan karier sebagai pendidik bertempat di SMJK Chung Hwa. Aku juga mengajar di sini. Aku juga tinggal serumah dengannya. Sebelum kami berpindah ke quates guru di SMJK Chung Hwa kami di sebuah rumah seperti sebuah pondok.Pondok ini terletak ditepi sungai. Bila air pasang atau banjir habislah rumah kami. Tin kosong yang ada dalam pondok ini mulalah menari. Yusof cukup 'benci' tinggal di sini.Tandasnyapun atas sungai.Bila pergi ke 'tandas sungai' adalah irama dan lagu bunyi plum,plum,pom,pom...... Rumah pondok inikami sewa RM80.00 sebulan. Kami tinggal bertiga di sini. Aku,Yusof dan Zakaria Hamid.Zakaria orang Pulau Pinang. Kami terpaksa tinggal di sini kerana ketiada rumah sewa(tahun 1981). Aku dan Yusof berjalan ke sekolah. Sekolah dekat dengan rumah. Di rumah ini tiada TV. Hanya yang ada stereo milik Zakaria yang dibuka siang dan malam sebagai pengubat sepi. Tiada meja tulis.Yusof suka menulis sambil meniarap. Keadaan ini tidak berpanjangan. Lebih kurang 1 tahun juga kami tinggal dirumah 'Boeing' ini. Terpaksa.
Di sinilah kami masak.Kami makan.Yusof rajin masak lemak cili api.
Di sinilah kami tidur bersama nyanyian nyamuk senja,pagi dan malam tapi dengan mimpi yang berlainan.
Kawan aku yang seorang lagi bernama Gibert Goh. Berasal dari Ranau, Sabah.Tinggi besar orangnya. Selalu memakai jean biru 'stonewash'.Beliau juga anak didik Maktab Perguruan Gaya yang beropsyenkan Pendidikan Jasmani. Sekarang ini namanya Fadhli Goh(1995). Bertugas sebagai GuruBesar di SK Beringis Papar,Sabah.
Yusof pernah ku jumpa dihari perkahwinan anak perempuannya beberapa tahun yang lalu.
Tiada sebarang perubahan dari segi saiz dan ketinggian.
Sdr.Fadhli Goh aku tidak pernah berjumpa langsung selepas 30tahun berlalu.
Ada suaranya ku dengar.
Ada rupanya tidak pernah kulihat hingga kini.
Salam buat kalian berdua kerana sudi berbual dengan Aku melalui hanfon.
mana hang fikir utk tulis cerita ni, nanti hang bukukan semua cerita yg hang tulis...
ReplyDeleteCadangan yang cukup baik Tuan Zainal.isyaLlah akan aku bukukan sebagai warisan dan kenangan guru-guru yang pernah mengajar di Sabah.
ReplyDeletetq
ReplyDelete