Lama yang ternanti-nanti untuk lihat paparan video yang pernah saya janjikan dulu.Disebabkan kekangang masa baru sekarang dapat di siarkan. Video ini diambil di persekitaran rumah momin semasa anaknya kahwin.Kami dijemput datang oleh mariana dan momin.Kami datang bersama Sharina.Kenduri kahwin meriah macam di semenanjung.Ramai tetamu yang hadir.Momin sibuk melayan tetamu.Begitu juga mariana.Kami dihidangkan makanan yang sungguh lazat.Ada 2 pelamin. Satu pelamin untuk aku dan satu pelamin untuk shakir.Bukan. Satu pelamin biasa dan satu lagi pelamin untuk kaum dusun.Ada muzik lagi.Bukan muzik moden tetapi muzik tradisional masyarakat Dusun.Orang dusun dan kadazan adalah ethnik yang sama.
Dalam kesibukan majlis kahwin Tuan Shakir menjadi tetamu yang tak diundang bermain salah satu alat muzik.Terima kasih mariana dan momin.Kalau anak kahwin lagi jemput kami.Insyaalah kami akan terbang ke sabah.Wan Zainudin akan buat kenduri kahwin anaknya di Sabah.Harap-harap dia jemput kita semuanya ke sana.Tunggu kad jemputan darinya.
kalau wan panggil insyaallah kita pergi ramai2..
ReplyDeleteWan Za akan buat kenduri kahwin anak dia tahun hadapan 2011 selepas Raya Haji kalau tak silap aku.Dia akan sediakan tempat tinggal untuk kita.Tiket sendirilah!
ReplyDeleteAku terharu dan seronok tengok, lihat, baca dan dengar cerita sahabat-sahabat seperti Tuan Salim, Tuan Shakir, Tuan Mamsin dan lain2. Rindu terhadap sahabat-sahabat terubat lah sedikit dan pasti terubat perasaan terpendam bila berjumpa pada reunion nanti. Tak kesah dimana pun. yang pasti dapat berjumpa dan berborak-borak dan melepas rindu yang begitu lama tersemat. Aku pasti jemput sahabat-sahabat ke kenduri kahwin anak perempuan aku (Wan Zuhanis dengan anak Dato Rahim Razali) pada tahun 2011(lepas raya puasa ke raya haji) Pasti aku jemput......
ReplyDeletemakanmmmmmm kenduri ....
ReplyDeleteAmboiiii panjangnya sebutan.Anak nak itikkkkkkkk lunassssssssssssssssssssssssssssss.
ReplyDelete