Our Chat Room

Thursday, July 15, 2010

Majlis Kesyukuran Guru-Guru Kontrak Sabah











Suatu majlis kesyukuran guru-guru kontrak Sabah telah berjaya diadakan di Regency International Hotel Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu. Mereka telah menubuhkan Persatuan Guru-Guru Kontrak Sabah yang diketuai oleh Cikgu Hj Sharifudin Ismail yang berasal dari Kelantan.
Menurut YB Sharif Omar graduan MPG 74/75 seramai 250 orang hadir termasuk wakil dari Sabah. Majlis itu turut dihadiri Dato'Omar Mohd Hashim,Mantan Pengerusi SPR,Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran merangkap Mantan Pengarah Pelajaran Sabah.
YB Sharif turut berasa gembira dengan kehadiran Prof.Hamdan Adnan yang juga mantan MPG tahun 70an.
Nota: YB dalam kontak ini merujuk kepada "Yang Bersara".

1 comment:

  1. Menurut YB Cikgu Sharif Tn HjOsman Jaafar Mantan Tim.Ketua Pengarah Pelajaran KPM,serta Mantan Pengtua Maktab Kent Sabah,Tn.Hj Hashim Jasa,Mantan Pengetua Maktab Gaya Sabah,Pn.Sadiah Abu Samah,Tim. Pengarah Kanan(Pembangunan) Bahagian Pasca Perkhidmatan hadir dalam majlis itu.

    ReplyDelete