Our Chat Room

Saturday, July 17, 2010

Jaafar Osman

Tentunya rakan-rakan boleh ingat wajah disebelah kiri gambar ini.
Boleh ingat? Jaafar Osman namanya. Sekarang menjadi Guru Besar di SR Bukit Padang.
Sebelum itu Aku,Wan Z dan Salim solat Jumaat di Bukit Padang. Tak tahu yang Jaafar menjadi Guru Besar di situ.
Kami dimaklumkan oleh Neda Hashimah yang Jaafar Osman hendak berjumpa dengan kami. Kami bertemu dua kali dengan Jaafar. Pertama kali pada hari kedatangan ke Sabah. Kali kedua saat sebelum kami berangkat terbang pulang ke Semenanjung. Dalam gambar ini bertemuan kali kedua di Tanjung Aru. Taidin,Abang Siti Dayang juga bersama kami sebelum terbang bersama ' burung merah' Air Asia.

Menurut Salim Jaafar membawanya ke rumah beliau di Papar semasa cuti hujung minggu. Jaafar tidak banyak berbicara pada petang itu tapi lebih banyak menghulurkan senyuman dan ketawa bila Salim berjenaka.

4 comments:

  1. Dulu semasa di Maktab aku berkawan baik dgn Jaafar malah aku pernah tidur di rumahnya di Kampung Brunei kalau tak silap....sudah lama ba. Orangnya kecil macam aku dan rambutnya juga lebat macam aku.Tapi kini semua dah berubah tapi aku harap hati kita tak berubah.Kita telah sampai ke penghujung.Yang muda akan tua,yang sihat akan sakit yang miskin kini kaya raya yang tak ada pangkat dah naik pangkat tapi semua tak akan kekal.semoga reunion yang akan kita buat nanti dapatlah kita bertemu kembali.Harap semua orang akan beri kerjasama.Ini bukan paksaan.Sesiapa yang inginkan silatulrahim supaya dapat eratkan lagi persahabatan ini.Jangan ada yang tak kenalcukuplah.Kalau ada yang jadi menteri jangan lupa kawan lama.Ingat dulu elaun kita cuma RM40 sebulan.Satu batang rokok share 10 orang.Aku cuma nak tengok kawan-kawan yang tak pernah aku lihat 30 tahun yang lalu.Aku suka lihat gambar malik... Terkenang aku masa malik muda-muda dulu.....

    ReplyDelete
  2. Tuan Zainal, takkan kita dua yang pergi kut? mana lagi sahabat lama? Aku cadang kita buat reunion di Janda Baik kalau di semenanjung.Di Sabah kita boleh buat kat KK. Di Janda baik ada sungai.Teringat aku masa keci-kecil dulu suka mandi sungai.Sedih dengar lagu Mike Ibrahim..kampung halaman.Aku takut mandi di Sungai Rejang...Aku lebih suka mandi di Sungai Buluh.Boleh makan Mc Donalad

    ReplyDelete
  3. Salim,kita pi Sabah.1 bilik duduk 6 orang!Yang hisap rokok duduk bilik lain tapi sebatang rokok share 6 orang. Suruh Non bawa buah pala yang 3 RM10.00 punya. Mamsin bawa 5 kilo maruku. Semalam aku makan maruku di rumah dia. Hampir magrib baru balik.

    ReplyDelete