Our Chat Room

Thursday, July 1, 2010

Pertemuan di Ranau

Kami bertemu kembali setelah 30 tahun meninggal Sabah. Dan dipisahkan oleh Laut China Selatan. Hati siapa yang tidak terharu. Bertemu diawal remaja.Belajar di bawah satu bumbung selama 2 tahun. Di sinilah kami makan dan tidur tapi dengan mimpi yang berlainan.

Pada tahun 2010 Aku dan Salim menjejakan kaki kami semula di Negeri Di Bawah Bayu. Negeri yang mengajar erti suka,duka dan setiakawan. Satu demi satu wajah yang kami kenali 30 dahulu kembali ditemui. Dengan wajah yang baru. Dengan senyuman dan saiz baju yang baru.

Fauziah kini memakai baju T merah saiz XXL. Perubahan.Kini sudah menjadi Guru Besar di SR Kinapulidan. Hartini pula menjawat jawatan sebagai PK Hem di Ranau(SR).

Malam itu(14 Jun 2010) kami diraikan dengan senyuman Hartini dan Siti Dayang,tawa hilai Si Fauziah Sulaiman. Makanan lazat dijamah. Cerita dan kisah subur kembali. Nostalgia terapung.Tidak sedar hari sudah larut malam. Dan malam bertambah malam.

Oleh Shakir Md Taha

4 comments:

  1. Di Ranau kami tinggal di Ranau Inn.Walaupun banyak lagi hotel yang kami survey di persekitaran Ranau tapi Siti Dayang yang tempatkan kami di situ.Agak selesa juga.Di sini juga ada sebuah supermarket dan banyak restoran atau kedai makan.Malam tu kami bertemu(lihat gambar) dan makan malam.Makanan istimewa pada malam itu udang goreng cicah sos.Jangan makan udang Shakir...kolestrol.Boleh makan tapi kena dgn kulit-kulit udang sekali.Pertama kali kami berbual mesra bersama Hartini dan Fauziah Jepun.Selepas hampir jam 11 kami beredar menuju ke sekolah Fauziah lebih kurang 30 minit perjalanan.Aku bimbang jugak sebab nak sampai ke sekolahnya agak jauh.gelap.tengah malam.kiri kanan hutan, sunyi sepi.sekali sekala kelihatan kerlipan lampu dari rumah-rumah yang agak jarang.Siti Dayang memandu laju naik bukit turun bukit.Kami tak takut sb ada Fauziah body builder(maaf bodyguard kami).Akhirnya kami sampai ke destinasi hampir jam 12 tgh malam.Kami pulang semula ke Ranau Inn hampir jam 1 pagi.Kata orang tempatan di sini selamat tak pernah berlaku jenayah. Kalau kat KL malam-malam macam ni belum tentu selamat.

    ReplyDelete
  2. hampa jalan sakan no, apakata tahun depan kita pi ramai2 sekali lagi?

    ReplyDelete
  3. Kita boleh pergi dengan syarat rancangan awal-awal.

    ReplyDelete