Sunday, July 25, 2010
Pelajar SMK Pulau Gaya
Barbara Cartland(1904-2001) pernah berkata: Bahawa tidak ada satu karya yang lebih realistik selain daripada pengalaman peribadi sendiri. Melalui pengalaman yang kami lalui inilah dapatlah kita berkongsi bersama tentang kehidupan dan juga budaya masyarakat yang berlainan.Kami juga berkesempatan mengambil video pelajar SMK Pulau Gaya.Kebanyakan pelajarnya berketurunan Filipina tetapi telah menjadi warga negara Malaysia.
Kami berada di SMK Pulau Gaya tika ini. Pengetuanya Che Ros tidak ada(kawan karib Abang Non Robert).Kami berterima kasih kepada Ketua kerani SMK Pulau Gaya En. Abdul Rahman kerana memberi penerangan serba sedikit tentang Pulau Gaya .
Keadaan persekitaran sekolah cukup menarik.Sebuah sekolah di dalam resort.Apa yang telah tercatit di dalam buku lawatan(yg tercatit sahaja) lebih daripada 500 orang pengunjung luar negara melawat ke sekolah ini.Ada yang datang dari Semenanjung, Singapura, Jepun,Eropah,China dsbnya.Agensi kerajaan juga kerap membuat lawatan di sini. Tempatnya amat sesuai untuk mencari ketenangan. Untuk datang ke sini tidaklah sukar kerana terdapat banyak bot yang menanti anda di tepi Pasar besar Kota Kinabalu.Tambangnya murah iaitu rm4 sehala. Tapi awas jangan tertipu sekiranya diminta rm10 seorang seperti pernah aku dan shakir lalui. Perjalanan hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.Bot dipandu laju dan jaket keselamatan disediakan untuk penumpang.Kebanyakan pemandu bot berketurunan Filipina dan bajau.
Di sekolah ini juga terdapat beberapa chalet yang boleh disewa. Harga chalet boleh dirunding. Cuma masalah tidak ada kedai makan dipersekitaran sekolah sekiranya tiba malam.Perlu membawa stok makanan sekiranya ada yang berhajat bermalam di sini.Aku akan datang untuk berbulan madu.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pihak pengurusan sekolah ini begitu kreatif sekali.Tahniah kepada Pengetua dan bekas pengetua di sini.Setiap hari guru-guru disini terpaksa meredak ombak laut dan tidak gentar ditampar angin laut.
ReplyDelete