Our Chat Room

Tuesday, July 27, 2010

Reunion dan Respon


Assalamu'alaikum
dan Salam sejahtera.
Aku doakan anda semua sentiasa didalam rahmat Allah.

Aku tidak menduga akan menerima respon yang begitu hebat daripada rakan-rakan MPG.
Semuanya menyatakan kerinduan untuk bertemu tanpa meletakan sebarang syarat.
Nama-nama seperti Mamsin,Salim,Non Robert( akan menyembelih itik) Wan Z Normadiah,Hasanah Wakis,Zakri,Albert Lintikan,Marianah,Momin,Siti Salmiah,Saimah Hassan,Norhayati Salleh( nama yang Yusof Maulud tidak ingat)Raja Azman,Che Li Din,Shamsuddin@Mat Boria,Zakaria.Siti Dayang,Sharina, Wak Zahari Manan,Neda Hashimah(yang sering bertukar nama dan foto),Malik@Mat Bot,Fauziah Jepun,Hartini(orang Johor kini menetap di Sabah) Suhaindo semua bersetuju.

Aku sangat-sangat berharap kita dapat bertemu sebelum beduk berbunyi,sebelum kita dipanggil mengadap Yang Maha Kuasa seperti kata Mamsin,bermaaf-maafan seperti kata Saimah Hassan,kita sudah mencecah 50 tahun kata Wan Z.
Kita bertemu ketika berusia 20an.

Aku tahu kalian sibuk.
Aku tahu kalian berjawatan besar.
Aku hanya sekadar meminta ruang dan waktu sekadar berbicara seada mungkin, seboleh mungkin.
Tingkalkanlah buat seketika jawatan kalian di pejabat.
Ada orang yang menguruskannya.
Aku hanya sekadar berusaha dan berdoa kepada Allah.
Ya Allah,Ya Rahman
KAU lah penentu segala-galanya
Di langit dan di bumi.
Amin!

7 comments:

  1. Cadangan : mungkin tuan boleh draftkan perkara berikut :
    1. kadar tambang murah dari KL - KK seorang.
    2. Jangka masa yg akan dihabiskan di sana
    3. Tempat penginapan & kos tambahan jika ada.
    4. Aktiviti yg bakal dijalankan - tentatif
    5. jumlah kasar perbelanjaan untuk reunion tu.
    6. Jika ada plus ( tambahan yg nak ikut )-
    anggaran kos utk mereka.

    Maaf tuan, seperti policy maker, mereka pandai merancang dan mencadang aje, yg pelaksana ni lah yg pening ! kan ?
    mUNGKIN YB Shakir dan YB salim ada masa untuk membuka jalan amal ibadah ini. Untuk tujuan yg murni dan baik ni.

    Amacammm.... ???

    ReplyDelete
  2. Aku dah siapkan kertas cadangan 10 helai muka surat untuk pergi ke KL-KK-KL.Tapi cadangan yang TerNOW tempatnya di Janda Baik.Tapi tempat kemuncak di Kota Kinabalu. Selepas itu nak ke manapun tiada masalah. Di Baling pun boleh.Bagusnya di Baling sebab ada kambing gurun. Di Lunas Non Robert boleh buat gulai itik.Di Penang Mamsin boleh buat kari kambing.

    ReplyDelete
  3. Aku setuju cadangan zahari. kumpul member-member yang nak pergi.Kita set date bertolak.Contact Air-asia untuk dapatkan tambang.Tambang mahal pun tak apa.Aku tahu semua kita mampu bayar tambang.Kita ada wan zainuddin,siti dayang,sherina,momin,mariana hashimah di sabah.suruh mereka uruskan tempat sahaja.Aku dah tak sabar-sabar nak tunggu ni.Aku nak jumpa Taidin kawan lama.Aku suka pergi Inanam.....Untuk tempahan tiket kalau nak tempah asing-asing pun tak apa tapi pasti mesti sampai masa tarikh reunion.

    ReplyDelete
  4. aku setuju, mana2 tak kisah, asalkan jadi sudah....

    ReplyDelete
  5. Syabas, syabas geng-geng semua ..... insyAllah harapan & impian kita semua akan termakbul ... menghubungkan silaturrahim & ukhuwah amat digalakkan, dgn izin yg maha esa kita semua pasti berkumpul & berjumpa, tak kisahlah di mana pun, Sabah atau Janda Baik, pokoknya THE REUNION.

    ReplyDelete
  6. Nii.. nana mamsin ! awat hangpa sekali sekala dok mai keluak internet ni ??..
    Awat ? la ni dok sibuk memanjang ke apa ka ?..
    buat keja padan2 la nana ooiii..
    Sat ni badan keriauu, baru tauuu.. sakit sana ! sakit sini !! naa.. ???

    ReplyDelete