Saturday, July 31, 2010
Berbicara dengan Tuan Yusof Maulud Dan Fadhli Goh
Tuesday, July 27, 2010
Reunion dan Respon
Assalamu'alaikum
Sunday, July 25, 2010
Selamat pengantin Baru
Video anak Momin dan Mariana kahwin,Telipok KK
Video perkahwinan anak Momin di rumahnya di Telipok.Perjalanan dari KK ke rumahnya lebih kurang 30 minit menaiki pesawat.Bukan.Memandu. Semuanya telah berubah.Di sepanjang jalan banyak rumah kedai dan kawasan perumahan baru didirikan.Berbeza dengan keadaan 30 tahun yang lalu.Kawasan perumahan agak tersusun.Mereka tinggal setaman dengan Sherina@paulina. Sebelum ke rumah kenduri kami singgah di rumah Sherina.Kami sempat bertemu suaminya. Majlis perkahwinan anak lelaki Momin agak meriah.Kedua-dua mempelai bagai pinang dibelah dua.Teringat aku masa diatas pelamin-pelamin.
Pelajar SMK Pulau Gaya
Barbara Cartland(1904-2001) pernah berkata: Bahawa tidak ada satu karya yang lebih realistik selain daripada pengalaman peribadi sendiri. Melalui pengalaman yang kami lalui inilah dapatlah kita berkongsi bersama tentang kehidupan dan juga budaya masyarakat yang berlainan.Kami juga berkesempatan mengambil video pelajar SMK Pulau Gaya.Kebanyakan pelajarnya berketurunan Filipina tetapi telah menjadi warga negara Malaysia.
Kami berada di SMK Pulau Gaya tika ini. Pengetuanya Che Ros tidak ada(kawan karib Abang Non Robert).Kami berterima kasih kepada Ketua kerani SMK Pulau Gaya En. Abdul Rahman kerana memberi penerangan serba sedikit tentang Pulau Gaya .
Keadaan persekitaran sekolah cukup menarik.Sebuah sekolah di dalam resort.Apa yang telah tercatit di dalam buku lawatan(yg tercatit sahaja) lebih daripada 500 orang pengunjung luar negara melawat ke sekolah ini.Ada yang datang dari Semenanjung, Singapura, Jepun,Eropah,China dsbnya.Agensi kerajaan juga kerap membuat lawatan di sini. Tempatnya amat sesuai untuk mencari ketenangan. Untuk datang ke sini tidaklah sukar kerana terdapat banyak bot yang menanti anda di tepi Pasar besar Kota Kinabalu.Tambangnya murah iaitu rm4 sehala. Tapi awas jangan tertipu sekiranya diminta rm10 seorang seperti pernah aku dan shakir lalui. Perjalanan hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.Bot dipandu laju dan jaket keselamatan disediakan untuk penumpang.Kebanyakan pemandu bot berketurunan Filipina dan bajau.
Di sekolah ini juga terdapat beberapa chalet yang boleh disewa. Harga chalet boleh dirunding. Cuma masalah tidak ada kedai makan dipersekitaran sekolah sekiranya tiba malam.Perlu membawa stok makanan sekiranya ada yang berhajat bermalam di sini.Aku akan datang untuk berbulan madu.......
Gaya College dalam kenangan 79/80
Shakir -pemain muzik tradisional
Dalam kesibukan majlis kahwin Tuan Shakir menjadi tetamu yang tak diundang bermain salah satu alat muzik.Terima kasih mariana dan momin.Kalau anak kahwin lagi jemput kami.Insyaalah kami akan terbang ke sabah.Wan Zainudin akan buat kenduri kahwin anaknya di Sabah.Harap-harap dia jemput kita semuanya ke sana.Tunggu kad jemputan darinya.
Thursday, July 22, 2010
Berita Tentang Mat Educated
Sudah lama Si Mat ini menghilang
Baru jumpa kat Padang Lalang
Sebelum ini Si Mat Educated ini mengajar di SMK Bandar Tasik Mutiara(bandar ini tiada mutiara)
Sekelas dengan Che Li Din Gurun. Namanya Mohd Yusof Haroon
Pakai cermin mata macam di Maktab dahulu.Bingkainya serupa tapi 3 tahun sekali baru tukar.
Tuesday, July 20, 2010
REUNION
Saya rasa reunion yg dicadangkan oleh Salim & Shakir tu is a good move towards reuniting the scattered Gaya College Ex-Traines. Mungkin utk permulaan ini, agak berat bagi sebahagian drp kita jika reunion tersebut nak diadakan di Sabah tetapi spt yg dicadangkan oleh Salim, di Janda Baik, rasanya ok kot (tak tau pulak pasai apa Si Salim ni suka sangat "Janda" - just joking, no harm meant to those janda). So mai la ni pakat-pakat berusaha to make this plan a REALITY. Rasanya syok kalu dapt jumpa kawan rakan lama for 1 or 2 days. Later on nanti mungkin kita boleh buat di Sabah pulak. Kalau di Semenanjung pun, rasanya kawan rakan kita kat Sabah pun ada yg boleh join, yg perlunya kita buat perancangan awal, so tiket AirAsia boleh dibeli dgn agak murah. So, hang, Shakir & Salim kena la jadi project manager; aku percaya Salim & Shakir boleh!
So, let us together work towards making this effort a reality.
Wassalam
Sunday, July 18, 2010
Bila Kebosanan Menghimpit Kami
Saturday, July 17, 2010
INSTITUT PERGURUAN GAYA
Dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Gaya.Kini telah bertukar wajah.Bangunan bertambah besar.Keadaan lanskap yang menarik.Walaupun blok asrama lelaki masih kekal.Begitu juga blok asrama perempuan.Ada dua orang pegawai keselamatan yang menjaga blok asrama dan juga bangunan pentadbiran.
Kini ia telah bertukar wajah yang suram menjadi lebih ceria. Bangunan kantin juga agak besar walaupun terletak di tempat yang sama. Di hujung
Kini nama itu telah lenyap dan berdiri megah dengan nama barunya INSTITUT PERGURUAN GAYA yang bertaraf universiti.
Pengetuanya kini bergelar Pengarah bukan istilah pengetua seperti zaman Bakar Don atau En.Aziz.Itu 30 tahun yang lalu.Bakar Don telah tiada begitu juga En.Aziz.Mereka bukan mati tetapi tidak lagi berkhidmat dengan Kem.Pelajaran
Aku, Shakir dan Wan Zainuddin melangkah longlai berpijak di bumi yang telah kami tinggalkan begitu lama.Semuanya aku telah lupa.Dulu ada serumpun pokok bamboo tetapi kini telah lenyap.Ada sebatang pokok rendang yang aku tidak pasti namanya menggantikan pohon bamboo di situ.Pohon bamboo itu menjadi nostalgia bagi mamsin.Di situ bermula dan berakhirnya sebuah impian.Kalau tak percaya tanya Mamsin.Sumpah.Bulan menjadi saksi.
Seperti kata Shakir di sinilah tempat kami belajar hidup berdikari.Di sinilah tempat kami mendapat jodoh.Di sinilah tempat kami bergelar ‘Cikgu’…..
Jaafar Osman
Thursday, July 15, 2010
SamatraYang DiPertua MPG 82/84
Majlis Kesyukuran Guru-Guru Kontrak Sabah
Wednesday, July 14, 2010
Semalam Di Ranau
Tuesday, July 13, 2010
Che Li Dan Anak Lelakinya
Monday, July 12, 2010
Aku Pernah Di Sini Suatu Ketika Dahulu
Friday, July 9, 2010
Demi Tugas- Tunai Tetap Kami Tunaikan
Thursday, July 8, 2010
Pensyarah Institut Perguruan Gaya dan Guru Besar Cemerlang
Manakala isterinya Marianah Yusof sebagai Guru Besar di SR Likas. Marianah aktif dalam badan kebajikan dan NGO.
Meminpin sebuah sekolah yang besar dengan bilangan murid seramai 1500 orang. Dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang. Mereka tinggal di taman perumahan di Telipok,Kota Kinabalu Sabah.
Wednesday, July 7, 2010
Namanya Che Li Din
Rindunya Jambatan Tamparuli
Zakaria Tidak Berpeluh Lagi
Tuesday, July 6, 2010
Wajah Seorang Pengetua
Orangnya langsing seperti dahulu walaupun sudah mempunyai 4 orang putera yang comel. Suaranya lembut seperti dahulu.(Betul tak Zahari Manan,rakan sekelas dengan Siti). Orangnya cukup peramah dan mesra. Siti kini bertugas sebagai Pengetua di SMK Tun Fuad,Kota Kinabalu.
Kami cukup gembira dengan kehadiran Sumardi,suami Siti Salmiah pada malam itu. Orangnya berkulit sawo matang, cukup mesra dengan kami seolah-olah sudah lama kenal.Beliau bertugas dengan GLC di Sabah. Dan sering kali terbang ke Kuala Lumpur setiap bulan. Beliau pernah belajar di Kolej Islam.
Kami cukup berbesar hati diraikan sedemikian rupa. Inilah berkat didikan di Maktab Gaya 30 tahun yang lalu. Kami bersyukur kepada yang Maha Esa Maktab Gaya(79/80) tidak melahirkan Malim Kundang ataupun SiTanggang!
BERITA TerNOW
Thursday, July 1, 2010
Pertemuan di Ranau
Pada tahun 2010 Aku dan Salim menjejakan kaki kami semula di Negeri Di Bawah Bayu. Negeri yang mengajar erti suka,duka dan setiakawan. Satu demi satu wajah yang kami kenali 30 dahulu kembali ditemui. Dengan wajah yang baru. Dengan senyuman dan saiz baju yang baru.
Fauziah kini memakai baju T merah saiz XXL. Perubahan.Kini sudah menjadi Guru Besar di SR Kinapulidan. Hartini pula menjawat jawatan sebagai PK Hem di Ranau(SR).
Malam itu(14 Jun 2010) kami diraikan dengan senyuman Hartini dan Siti Dayang,tawa hilai Si Fauziah Sulaiman. Makanan lazat dijamah. Cerita dan kisah subur kembali. Nostalgia terapung.Tidak sedar hari sudah larut malam. Dan malam bertambah malam.
Oleh Shakir Md Taha