Our Chat Room

Thursday, August 5, 2010

Kawanku Yusof Maulud Dan Salim Ketunggap Orang Kaya








































Ketika Aku turun ke Kuala Lumpur untuk berseminar di Universiti Kolej Cyberjaya sempat berjumpa dengan kawan sekolej dan serumah sewaktu di Kota Kinabalu dan Tenom,Sabah. Aku temui Yusof. Dia datang mengambil Aku di universiti. Pusing dengan kereta yang baru berusia tiga bulan di sekitar Putera Jaya yang cukup asing bagi ku. Kemudian ke rumahnya di Puterajaya. Di sini beliau tinggal bersama keluarganya yang cukup besar. Beliau kaya dengan anak. Punya 8 orang anak.

Salim Ketunggap juga kaya. Beliau kaya dengan isteri. Pernah suatu ketika punya 3 orang isteri. Sekarang yang bersamanya hanya seorang sahaja. Beliau seorang usahawan dan saudagar minyak urat. Bila aku ke Kuala Lumpur rumah Salimlah tempat aku bersantai. Salim punya ramai kenalan di Kuala Lumpur.Tua,muda,miskin kaya semua dia baik. Aku lihat Salim dan Yusof kaya dengan senyuman.







5 comments:

  1. aku terkejut bila shakir beritahu dia bersama Yusuf Maulud di Putrajaya.Masa itu aku sedang berjogging di track keliling rumah.Fuh..lama tak jumpa Yusuf.Wajahnya terbayang masa muda remaja..30 tahun yang lalu.Malam itu shakir telepon dan beritahu dia dan yusuf berada di bas station Bukit jalil. Aku ajak ke rumah tetapi dia akan bertolak ke Penang jam 11 malam.Jadi tak sempat.Aku bergegas ke sana yang jarak rumah aku hanya 10 minit drive.Malam itu aku bertemu yusuf.Aku tak kenal sebab wajah dulu dan sekarang dah berubah.Dia juga tidak kenal aku.Tapi wataknya tetap slow bila berbicara.Teringin aku nak jumpa member-member lama yang belum aku jumpa.Mana zahari manan? Rosnam? Nasarudin Bujang? dan ramai lagi yang belum aku jumpa.

    ReplyDelete
  2. ya aku pun lama tak jumpa salim.....bila blh jumpa...

    ReplyDelete
  3. Aku tabek pada Tuan Salim. Sibuk macam manapun Tuan pasti luangkan masa untuk jumpa Aku.Terima kasih daun keladi.

    ReplyDelete
  4. Non ! hang tak jaki ke ? asik2 depa berdua je yg ada gambar bersama geng2 lama GAYA.
    Tak pa la.. depa dah YB. Kita masih lagi bawah umur..
    Aku dok ada 7 tahun lagi !!!

    ReplyDelete
  5. Bang non ..kalau hang ke KL tu jgn lupa ctc aku.Di Kg. Baru ada sebuah gerai makan Mee Rebus Rasa Utara.Cukup popular. Taukenya orang kampung aku.Mee rebusnya koww... hang pasti tambah!! (jangan tambah bini cukuplah)

    ReplyDelete