Aku bertemu Albert dan Edmund Kera(nama sebenar) semasa kami sama-sama berkerja di sebuah kilang yang terletak di Southampton.Mereka berdua adalah pemuda Islam dari Albania yang terletak di tenggara Eropah di Laut Adriatic.Albania ialah sebuah negara Islam yang pernah di jajah oleh Rusia. Negara ini pernah dibawah jajahan empayar ottaman yang memperluaskan empayarnya hingga ke Rome dan Sepanyol.Kalau kita ke Sepanyol kita akan dapat lihat peninggalan masjid-masjid lama yang kini dijadikan gereja. Selepas kejatuhan empayar Ottaman , Albania telah dijajah pula oleh Rusia yang mengamalkan sistem komunis.Masjid tidak dibenarkan beroperasi dan nama-nama Islam tidak dibenarkan samasekali. Kalau kita bertemu bangsa Albania mereka menggunakan nama-nama orang barat.Ini telah diceritakan oleh Edmund kepadaku semasa aku membawanya ke sebuah masjid kerana beliau ingin mempelajari islam dan belajar sembahyang.Dia memberitahu bahawa dia tidak pernah sembahyang tetapi dia masih percaya dengan kalimah Allah.
Albania adalah sebuah negara Islam yang kecil mempunyai penduduk seramai 3.5 juta.Disebabkan masalah ekonomi negara ini adalah yang termiskin di Eropah Timur.Ramai yang telah keluar berhijrah ke Serbia dan Macedonia.Maka terbentuklah ethnic minority kaum Albania di Serbia dan Macedonia di negara bukan Islam.Semasa berlakunya perang antara Serbia dan Bosnia beberapa tahun yang lalu ,ethnic minority Albania menjadi mangsa.Pemuda Albania yang beragama Islam dibunuh oleh kaum serbia.Mereka telah menjadi pelarian.Ada yang ke negara Eropah dan ramai yang menjadi pelarian di England.Albania juga dekat dengan Italy dan pelarian Albania cuba memasukki Italy mengikut jalan laut.Pernah suatu ketika berlaku tragedi bot karam di perairan Italy.
Kerajaan Britain bersimpati dan memberi bantuan kemanusiaan seperti makanan dan tempat tinggal.Mereka diberi pekerjaan di kilang-kilang yang terdapat di negara ini.Kedatangan mereka pula tidak diterima oleh penduduk tempatan.Kalau kita ke Kota London kita akan lihat mereka berjalan di dalam kumpulan yang ramai.Pemuda dari Albania bersemangat waja.Mereka cukup berani.Mungkin mereka pernah terlibat di dalam peperangan dan membuatkan mereka lebih cekal .
Edmund juga pernah mengikut aku ke Dewsbury.Di sini terdapat sebuah masjid tabligh yang terbesar di UK. Di sinilah dia mempelajari Islam bersama-sama dengan pejuang dari chechnya yang datang ke sini untuk memohon bantuan kewangan .Pemuda dari chechnya berwajah tampan,tinggi dan berjambang.Mereka kuat beribadat.Mereka adalah para mujahidin yang memperjuangkan kemerdekaan dari Rusia.
Selepas beberapa bulan berlalu aku ke Dewsbury lagi dan aku bertemu dengan Edmund.Aku bersyukur pada Allah kerana dia telah menjadi seorang pemuda yang baik dan kuat beribadat.
Dia telah pandai membaca Al-Quran.
p/s gambar kenangan semasa party harijadi di kilang.
Mereka masih percaya kepada Allah dan kerana itu mereka menentang Russia(kafir)
ReplyDeleteAlhamdulillah;
ReplyDeleteJauh berjalan banyak pengalaman
Pengalaman diperollehi tak kedekut
adik Salim aku ni berkongsi.
Eloklah kita mengambil ikhtibar dan mempersiapkan diri agar tidak menimpa kepada kita pula nanti.
Tahniah Salim
Selamat Hari Raya dan
Maaf Zahir Batin
atas silap salahku selama ini.
wassalam
terima kasih kerana memberi komen yang membina.Nanti adik salim tulis lagi cerita-cerita yang menarik.Kalau nak dengar kena komen baik-baiklah baru ada uuummmmph.Nak dengar cerita tentang apa? bagi tau saja semua boleh tulis.Tapi bukan tentang politik kerana adik salim tak berminat berpolitik.Dulu kuat politik tapi dah terkena.......ha ha ha
ReplyDeleteKita tulis tentang kemanusiaan,pengalaman di MPG dan pengalaman semasa.
ReplyDeletebegitulah nasib org islam minoriti, d barat & d negara2 yg islam minoriti, perkara itulah yg berlaku kpd umat islam, sebab kita lemah dari segala2, pendidikan & ekonomi...terima kasih Tuan Salim jalan cerita yg menarik penuh dgn isi & fakta sejarah...
ReplyDeleteMemang kesian kalau kita tengok pelarian Islam Eropah Timur yg berada di UK. Semasa study disana aku pernah mengajar disebuah Community College di West Midlands yg kebanyakan pelajar dewasanya terdiri drp orang Bosnia, Albania, Kristian Serbia & Croatia juga. Sedih, bila berbaul dengan mereka itu tetapi tak banyak yg dapat diceritakan sebab kebanyakan mereka belum begitu pandai berbahasa Inggeris waktu itu. Bagi yg baharu sampai, sebelum mereka itu diberikan pekerjaan dan bercampur dengan orang tempatan mereka dimestikan belajar dan lulus Bahasa Inggeris pada tahap tertentu.
ReplyDeleteMarilah bersama kita ambil ikhtibar, supaya tidak menjadi pengemis/merempat di negara sendiri. Orang lain ada negara yg mereka refer to as their 'motherland' tetapi kita tiada, even Indonesia yg sedarah sedaging telah mula menjadikan kita seteru.
Sapa RASZoszie tu Salim?
ReplyDeleteRasZoszie tu Ramjie @King Rudra.
ReplyDelete