Our Chat Room

Friday, August 6, 2010

Kantin Institut Perguruan Gaya,Kota Kinabalu Terkini
















Inilah dewan makan di Institut Perguruan Gaya Kota Kinabalu yang terbaru. Sisa-sisa semalam sudah tiada. Di sinilah Aku,Mamsin,Salim,Momin,Marianah,SitiDayang,Paulina,Fauziah Jepun Fauziah Mahmud .Neda Hashimah,Zainal Robert,Hartini,Zahari,Yusof Maulud bersarapan,makan tengahari dan malam selama 2 tahun. Roti 'mayat',pisang emas,pisang rastali memang tidak asing lagi bagi guru pelatihh zaman kami. Nama-nama yang disebut itu tiada lagi di sini kecuali Momin. Momin penunggu setia di sini. Momin sekarang berwajah baru.Beliau sebagai pensyarah di sini.

Kerusi meja semuanya baru. Seperti sebuah restoran. Meja dialas cantik. Ada macam gerai.Ada kipas angin.
Dahulu semuanya tiada. Meja makan panjang tiada beralas.Daging impot yang berusia 7-8 tahun dihidang,dijamah,dimakan.Itulah yang ada. Tiada sambal belacan,tiada ulam petai,tiada budu,tiada cencaluk. Roti berpalitkan jam dan pelanta. Tiada 'kraft cheese',tiada butter from Australia. Kadang-kadang roti dan telur rebus bertaburan di atas meja. Tiada yang sudi menjamah.

Inilah menu kami selama dua tahun yang menjadi darah daging. Inilah makanan kami. Sekali sekala dengan kasih sayang ibu tua di kantin MPG Aku dan Wan Z dihidangkan rendang daging special. Sedap dan cukup menyelerakan. Salim tidak tahu hal ini. Mamsinpun tiada tahu hal ini. Seingat Aku Ibu itu tinggal di Petagas. Kadang-kadang daging yang dimasak di rumahnya dihidang untuk Aku dan Wan Z. Aku terkenang budi baiknya.Entah hidup,entah mati. Aku tidak tahu. Tiga puluh tahun berlalu rasanya macam baru kelmarin.


3 comments:

  1. kenangan masa dulu pasti tetap dlm ingatan lita semua...sungguh seronak 2 th d maktab...lepas tu posting...balik kampung masing & skrg berjumpa d alam maya...tahniah semua kawan2...

    ReplyDelete
  2. Sekali lagi aku sebak ngingatkan dewan makan seadanya. Mak tua bajau petagas tu aku ingat sangat dan aku sayang padanya kerana belasnya pada kita dan menggangap kita spt anak2nya juga.
    Aku, Omar dan Salleh wanchi sering dapat makanan lebih setelah siap semua warga Gaya makan. Walapun jejarinya berkedut dan penuh ngan bekas sireh pinang, kami tetapi lalu makan.
    Pernah sekali tu, si JOHN ( bahauddin ) menjunjung 1 tin biskut mayat balik ke bilik, tak sampai 3 malam, langsaaiiii.......
    Aku doakan mak tua tu bahagia di sisi Allah.

    ReplyDelete
  3. Zahari aku ada bertanya khabar tentang ibu itu tapi tak yang tahu.Dia selalu membahasakan dirinya ibu dan memanggil aku nak(anak).Aku masih tidak lupa jasa baiknya.

    ReplyDelete