The Theft Nations-Returning to Gold
Oleh Prof.Ahmad Kamel Meera-Dekan Fakulti of Finance UIA
Pernah suatu ketika terdapat dua buah pulau berhampiran jauh di lautan.Satu dipanggil Aya dan satu lagi Baya. Pulau Aya ialah sebuah pulau subur dengan tumbuhan-tumbuhan dan buah-buah tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai-sungai yang menyediakan air bersih bagi orang ramai dan tempat-tempat indah untuk keluarga berekreasi. Lautan sekeliling bersih, dengan ikan yang banyak dan makanan laut lain yang banyak. Pulau Aya juga mempunyai emas,kaum wanitanya terutamanya, sangat mencintai emas. Mereka menggunakan keping-keping emas sebagai wang sejak dululagi kerana semua orang menghargai emas. Kepimpinan suku mereka diketuai oleh seorang lelaki bernama Saka, mencetak duit syiling emas. Mereka hidup dalam sebuah kehidupan mudah, bekerjasama dan tidak ada caj faedah untuk pinjaman dalam pinjam-meminjam di atara mereka. Sekali-sekala, beberapa arus ombak dan angin kencang memusnahkan beberapa harta,terutama rumah-rumah, tetapi komuniti ini akan segera membantu diri merekadalam membina semula atau membaiki hartanah yang rosak. Selain daripada itu, mereka menjalankan kehidupan mereka dengan lemah-lembut dan aman damai.(bersambung)
No comments:
Post a Comment