Our Chat Room

Saturday, August 28, 2010

Kawanku Mili@ Jasmili


Mili anak jati Kampung Makam .Kampung Makam terletak 2 km dari Komtar,Penang. Sebelum ke England dia seorang tourist guide yang berpusat di kawasan Chulia street dan Penang Road yang popular dengan Nasi kandar'line-clear'.Di sepanjang jalan ini kita akan lihat Mini pub , hotel, motel dan restaurant dan di sinilah tempat persinggahan pelancong-pelancong asing dari Eropah dan Australia. Mili adalah kawan baik 'lepat'.Kisah 'lepat' menjadi hanyat apabila berlaku perebutan anak hasil perkahwinan dengan gadis Inggeris benama Jane.Bekas isteri'lepat' kawan baik isteri Mili kerana mereka datang dari daerah yang sama di Selatan England. Kini 'lepat' berada di Germany dan telah pun berumahtrangga.Isteri Mili fasih berbahasa Melayu loghat Tanjung.Dia pernah menetap di Penang beberapa tahun.Suatu hari semasa dia sedang berjalan seorang diri ada beberapa anak muda Melayu 'perli'(sindir)dia. Mungkin dia orang asing berkulit putih gebu,macam-macamlah mereka cakap.Isteri Mili berpaling kepada mereka sambil berkata,' amboi-amboi noo hangpa ingat aku ni sapa? Aku bagi (penumbok) baru hang tau! Terkejut anak-anak nakal tersebut dan terus minta maaf. Hati-hati sekarang kalau 'minah salleh' hangpa jumpa kat Penang Road depa tu faham bahasa melayu.Jangan hangpa tak tau......



Mili kawan baik aku masa kat sini.Dia juga rapat dengan uncle Mus.Mili telah berkahwin dengan gadis tempatan seorang guru dan mempunyai 3 orang cahayamata 2 lelaki 1 perempuan. Mili kerap berkunjung ke tempatku pada hujung minggu.Kami berbual sambil menggulung rokok daun kegemarannya dan ber'sembang ' hingga larut malam.Kadang-kadang kami berkunjung ke pub berdekatan menikmati suasana malam yang dingin.

Mili telah berpindah ke cambridge dan bekerja di sana.Ibu mertuanya ada rumah besar di Camden Town.Camden Town terletak di zone 4 Kota london. Kawasan zone ini lebih murah berbanding dengan zone 1 dan 2. Majoriti penduduk Camden Town berasal dari Asia dan Afrika.Kalau kita berkunjung ke sini kita boleh makan masakan Asian.Terdapat banyak restaurant yang menjual makanan halal di sini.Aku suka makan mee goreng mamak dan roti naan di sini.



Mili telah mendapat taraf Penduduk Tetap di England.. Dia bebas bekerja macam aku dulu.Semoga dia mengharungi hidup yang sempurna dan selamat dunia dan akhirat.Kemana saja kita pergi kita tetap berpijak di bumi yang sama-Bumi Allah.




2 comments:

  1. Bila pergi England bolehlah kita cari Mill.

    ReplyDelete
  2. Sekali tengok gambar Milli ingat Mamsin.Bukan Mamsin. Mamsin pun pernah belajar di England.

    ReplyDelete