Kalau disebut saja UNCLE MUS semua orang tahu.Terutama pelajar-pelajar dari Malaysia.Berasal dari Kampung Makam, Penang dan berhijrah ke England lebih 40 tahun yang lalu.Kini beliau menetap di mooring ways di satu kawasan perumahan di tepi laut di Selatan England. Uncle seorang yang tabah.Dia cukup berdisiplin.Dua anak perempuannya belajar di university tempatan bidang undang-undang. Uncle telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan dia pernah bekerja di Oman selama 16 tahun.Beliau kini menjadi warganegara Britain. Uncle adalah bekas seorang jurutera kapalterbang di Airport, London. Semasa aku sampai di sini dia telah menghadiahkan aku sebuah kereta fort escort berwarna merah.Ini memudahkan aku berulang alik ke tempat kerja.Uncle fasih berbahasa Inggeris dan berbahasa melayu loghat Tanjung.Pada hujung minggu aku dan uncle akan drive menuju ke countryside menghayati pemandangan indah perkampungan orang Inggeris yang cantik. Di kawasan perkampungan ini juga terdapat anak-anak sungai mengalir tenang yang dipenuhi dengan ikan-ikan trout.Ikan-ikan trout ini pula bebas berenang tanpa ada pemangsa atau manusia yang menceroboh.Ini menambahkan lagi keindahan alam semulajadi di kawasan tersebut. Ikan trout adalah sejenis ikan sungai yang sedap di makan.Kadang-kadang kami berbasikal melalui jalan kampung yang cantik. Suasana segar dengan udara yang nyaman bagaikan berada di puncak bukit yang tinggi.Tidak jauh dari rumah uncle terdapat pohon-pohon apple yang hidup liar berdekatan pantai..Apple diragut untuk santapan bila kelaparan.Kadang-kadang kami ke ladang strawberries.Menikmati kenikmatan buahnya yang berkhasiat..Begitu juga dengan pokok blueberries yang hidup liar di kawasan tanah yang terbiar.Di kawasan hutan yang terbiar kita akan lihat masang-musang jinak berkeliaran.Saiznya kecil sedikit daripada saiz seekor anjing.Di waktu malam musang-musang ini akan berkeliaran di kawasan perumahan mencari sisa-sisa makanan.Binatang ini cukup jinak dan tidak ganas.
Apabila musim panas tiba kami akan keluar camping bersama keluarganya.Kami bawa makanan seperti daging,ayam dan ikan untuk barbeque. Pada malam harinya kami akan barbeque sambil menghirup kopi panas dan berbual-bual di bawah cahaya bulan sehingga jauh malam.Uncle menghadiahkan aku sebuah 'tent'untuk camping yang di dalamnya terdapat 3 bilik.Setelah dipasang tent ini akan terbentuk seperti rumah kecil.Cukup seronok seolah-olah kita berada di dalam sebuah rumah yang ada bilik tidur,ruang tamu dan juga dapur.
Kawasan campsite di sini cukup luas dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas. Apabila tiba musim panas campsite mula dibuka dan ramai pengunjung datang ke sini untuk merasai suasana di luar rumah.Kini uncle telah membeli sebuah caravan dilengkapi dengan dapur dan bilik mandi memudahkannya untuk bercamping pada waktu summer. Caravan ini juga digunakan untuk menjelajah Eropah.Caravan ini berbentuk rumah bergerak yang begitu popular di Eropah untuk tujuan camping.Caravan amat popular di kalangan masyarakat gypsy. Gypsy ialah masyarakat ASLI di sini.Mereka hidup berpindah randah dan mempunyai culture yang berlainan.Masyarakat gypsy adalah masyarakat terasing yang hidup berpindah randah dari kota ke desa dan sebaliknya.Masyarakat ini wujud sehingga kini seperti masyarakat orang Asli yang memiliki gaya kehidupan yang berlainan.
Uncle seorang 'chef'yang handal.Kalau aku ke rumahnya dia pasti memasak kari ayam.Aku paling suka kari turkey(ayam piru) yang dimasak oleh uncle.Kalau nak makan nasi kandar atau beriani datanglah ke rumah uncle. Buah kegemaran uncle ialah buah nangka.Kalau aku ke Chinatown pasti aku akan belikan uncle nangka.
Kehidupan aku di sini tidak lagi sunyi kerana uncle selalu mengambil berat tentang kami. Setiap permohonan pekerjaan yang aku minta unclelah sebagai penjamin.Uncle pandai bercerita.Dia seorang guru sejarah yang pintar.Dia orang lama.Orang lama banyak pengalaman.
Kini setelah aku kembali ke tanahair kami masih lagi berhubung.Telah dua kali dia datang ke Malaysia semasa aku di sini.Setiap hujung minggu dia pasti meneleponku dari England bertanya khabar.Dia pernah memujukku untuk tinggal di England.Aku ada ayahanda dan bonda yang telah tua .Kalau semua itu tiada itulah pilihanku.
Uncle Mus ..... 'Budimu dalam ingatan, Jasamu dalam kenangan'.
Aku nak dengar juga pengalaman Tuan Zainal. Tentu ada yang menarik. Aku menanti.
ReplyDeletehampa tak pa la orang jurnalist boleh karang cerita macam2, aku apa ada, yg tu adala...hahahah
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=_6uXrqgw71E
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=lpFziiriIzs
ReplyDelete