Aku pernah ke Kota Belud pada tahun 1979. Jalan rayanya berliku-liku. Kata orang seperti ular ke palu.Orang tak tahan dengan jalan ini akan muntah-muntah atau pening. Perjalanannya cukup berliku-liku seperti perjalanan hidup seorang insan dimuka bumi.
Tapi sekarang semua sudah tiada. Yang ada hanya pohon hijau yang melambai kedatangan kami setelah 30 tahun meninggalkannya tanpa sebarang pesan.
Aku dan Salim ke sini bersama Sharina dan Neda Hashimah Sadi.Sharina sekarang ini sudah menjadi Pengetua di SMK Kota Marudu. Dan Hashimah sebagai Guru Besar. Sharina dan Hashimah rakan semaktab kami. Merekalah yang menjadi 'pemandu pelancong' perjalanan ini.
Aku pernah ke Kota Belud dulu tapi tak sampai kerana jalannya terlalu bengkang bengkok.Jaraknya terlalu jauh.Baru ini semasa kami ke Kota Belud cuma mengambil masa 2 jam sahaja.Jalannya lurus dan agak selesa perjalanan.Kami singgah di pasar besar Kota belud dan membeli kuih cincin dan kuih tradisional.Di pasar tersebut dijual beraneka barang makanan termasuk ikan masin/kering yang agak murah.Di pekan inilah kami bertemu sdr suhaindo.Aku,shakir,suhaindo,paulina dan hashimah menjamu selera di sebuah restoran di sini.
ReplyDeleteDan Tuan Salim tidak muntah dan pening.
ReplyDeletebetul..
ReplyDelete