Dia sentiasa membahasakan dirinya Ibu. Kami guru pelatih MPG dipanggil anak dan kami menerimanya dengan senang hati. Biarpun 30 tahun telah terlalu Ibu tetap segar dalam ingatanku.Ibu tidak pernah padam dalam ingatanku. Lantaran dia membahasakan dirinya Ibu aku lupa hendak bertanya namanya yang sebenarnya. Kasihnya kepada kami tidak pernah luntur. Guru-guru pelatih MPG adalah seperti anaknya sendiri. Ada waktu ketika ramai rakan turun ke padang waktu ibu memesan 'datang petang ini ya'. Memanglah ada 'durian runtuh'. Daging masak rusa. Ibu bawa dari Petagas. Di masaknya di rumah. Aku ke bahagian dapor. Di situ aku makan bersama Wan Z. Wan Z AJK makanan. Aku tiada sebarang jawatan. Sekadar guru pelatih biasa yang pergi dan balik dari kuliah.
Ibu tidak pernah melarang kami ke dapur. Ibu senang sekali bila aku ke dapur berbual-bual dengannya. Ibu jarang mengambil cuti. Orangnya suka makan sireh dan juga suka merokok. Orangnya berkulit sawo matang,bersumuntal di kepalanya. Beliau akan pulang ke Petagas setelah selesai tugasnya. Biasanya Ibu pulang agak larut petang. Ibu cukup bimbang kalau anak-anaknya tidak makan. Seingat Aku dia tidak memanggil kami dengan nama 'Cikgu'.Dan juga kami tidak pernah menyebut nama Cikgu dihadapannya.
Aku mengenali Ibu pada tahun 1979. Beliaulah yang menyediakan masakan untuk kami. Ada waktunya Ibu merungut juga kerana bahan masakanber tidak lengkap. Dalam hal ini Ibu tidak boleh berbuat apa-apa. Dengan kreativiti yang ada Ibu meramu juga bahan yang sedia ada walaupun hatinya tidak puas.
Selepas keluar Maktab(1980) aku tidak lagi bersua wajah dengannya, Tidak juga ku dengar berita tentangnya. Mungkin kerana dia orang kecil tapi bagiku beliau orang yang berjiwa besar. Awal-awal pagi sudah berada didapur siap untuk bertempur dengan ikan, sayur dan daging. Sayur dipotong,ikan disiang, daging dicincing buat anak-anaknya yang tercinta. Kasih seorang IBU yang tidak dapat Aku lupakan. Selagi hayat dikandung badan jasa IBU tetap ku kenang.Dekat dimata,dekat dihati,Kaulah IBU.
Ditulis oleh Shakir Md Taha sebagai penghargaan kepada IBU yang namanya tidak kuketahui sempena menyambut kedatangan Ramadhan.
No comments:
Post a Comment