Our Chat Room

Sunday, August 29, 2010

Waktu Yang Terluang Singgah Sebentar di Fatt Choi































Dalam perjalanan ke Tenom bersama Momin dan Marianah kami menggunakan Lebuh Raya Kimanis. Jalan berliku-liku dan terpaksa mendaki tanah yang tinggi. Awan dan kabus melambai-lambai di udara. Kepulan awan putih berarak di atas Banjaran Croker. Udara sejuk dan nyaman. Bila tingkap dibuka angin sejuk menerpa menampar muka. Di sepanjang pohon hijau melambai-lambai kedatangan Aku. Pohon-pohon yang Aku tinggal itu kini sudah dewasa. Aku tinggalkan Negeri Di Bawah Bayu 30 tahun yang. Kini pohon yang kecil dahulu sudah tegak berdiri. Kami singgah sebentar di Pekan Keningau sekadar menghilangkan dahaga. Pekan sudah jauh berupa wajahnya. Banyak rumah kedai berbaris di sepanjang jalan di Keningau. Seingat Aku semua ini tiada. Aku tidak sedar rupanya sudah tiba ditempat yang Aku rindui,Tenom.Tenom dizaman kolonial dikenali dengan nama"Fort Birch". Majoriti penduduk di sini ialah kaum Murut. Pekan Tenom semacam dipagari bukit bukau. Di sini tumbuh segar pohon kopi jenis Coffea conephora(robusta). Menurut catatan sejarah kopi sudah ditanam di kawasan pantai timur Sabah sejak tahun 1800an lagi. Tapi kerana diserang penyakit ianya dibiarkan begitu sahaja terutamanya di kawasan Tawau.

Perkataan kopi berasal daripada bahasa Arab Qah'wa. Kopi yang ditanam di Tenom daripada jenis 'Robusta'. Kopi ini mengandungi lebih daripada 40-50% kafen. Setengah-tengah peminat kopi menyebutnya "Tenom Old Town Coffee'. Manakala sebilang besar penduduk menyebutnya 'Kopi Tenom'.

Perusahaan kopi mula terkenal pada tahun 1986 bila seorang usahawan yang bernama Fong Choon Seng mendirikan kilang kopi bersama banglonya. Di sinilah beliau membangun dan membesarkan perusahaan kopi yang terkenal dengan nama 'KopiTenom'.

1 comment:

  1. Perjalanan ke Tenom agak sukar juga sebab terpaksa mendaki bukit dan turun bukit yang tinggi.Kata Momin kami berada di atas Banjaran Crocker.Kami seolah-olah berada di atas awan yang sedang berlari.Kabus ketika itu meliputi jalanraya dan sukar untuk melihat.Momin terpaksa mamandu berhati-hati.Aku jarang mengalami keadaan sedemikian.Kereta juga terpaksa menuruni lurah yang dalam.Di luar cuaca agak dingin diliputi kabus tebal.
    Kami ke PPD Tenom berjumpa kawan shakir.Di sebelah shakir itu kawannya bernama Azli.Azli bertugas di PPD Tenom.Kami juga berbual mesra dengan seorang Pegawai PPD Tenom yang shakir kenali 30 tahun yang lalu.Masa itu pegawai ini masih lagi kecil.Tuan shakir tolong cerita siapa nama pegawai ini.Sepatutnya kami dibawa oleh Azli berjumpa seorang lagi lagi kawan shakir bernama Wak......? .Wak...ada gerai jual satay. Msa tidak mengizinkan dan terpaksa bertolak awal sebelum pukul 6 petang kerana jalanraya di Banjaran Crocker akan berkabus tebal dan sukar untuk memandu.Sebelum pulang kami sempat singgah menikmati minuman kopi lazat Fatt Choy.Aku bukan kaki kopi tapi hari itu aku 'lantak '3 cawan beraneka rasa.Kami juga membeli beberapa bungkus kopi sebagai buah tangan untuk kawan-kawan di Semenanjung.Momin dan Mariana tersenyum riang menghirup kopi Fatt Choy yang beraneka aroma.

    ReplyDelete