Tiada yang kekal dan abadi. Bila tiba waktunya akan berubah dan hilang ditelan waktu. Begitulah yang terjadi kepada bilik LG2 tempat kami menginap sewaktu menjadi guru pelatih 30 tahun dahulu. Di sinilah Aku tinggal bersama Mamsin,Azmi Razali,Badaruddin Khatib,Rosman Md Ajis dan Saari Md Dali.
Di bilik inilah sewaktu minggu orientasi Mamsin mengurung Si Rosman dalam lokal.Lokal ini tidak berkunci. Setianya Si Rosman menanti di dalam lokal ini sehingga dibuka oleh Mamsin yang hampir terlupa dia mengurung juniornya.
Di belakang bilik kami ada koperasi. Ramai guru pelatih ke sini selepas mendapat elaun. Aku tidak berminat ke sini. Menu utama di sini soto dan rojak. Seingat Aku, Tuan Zainal dan Azmi Tuan menjadi jurujual di sini. Dan khabarnya dalam tahun 1979 koperasi ini mengalami kerugian. Tuan Mamsin tahu jawapannya walaupun dia bukan AJK koperasi. Bagaimanapun menurut Tuan Zainal pada tahun 1980 koperasi kembali pulih.
Sekarang(2010) aku tidak pasti di mana lokasinya. Aku tidak sempat mencarinya sewaktu Aku kembali ke IPG baru-baru ini. Biarlah Momin sahaja yang menjawabnya.
Bilik LG2 tiada lagi penghuninya. Yang ada di sini hanyalah bantal dan tilam terbaring kaku. Diam dan tiada bersuara seperti Si Rosman 30 tahun dahulu. LG2 sudah menjadi stor. Asrama ini kini dikuasai sepenuhnya oleh wanita.
Di bilik ini jugalah Prof Rosli Ayam pernah tinggal buat seketika. Di bilik inilah pernah dilawati oleh Puan Rita Jaafar,Penolong Pengetua ketika revolusi Iran memuncak. Dan dibilik ini juga lahir beberapa orang yang memegang ijazah sarjana dan PhD.
Di sinilah seorang junior yang bernama Saari Md Dali terus memanggil kami 'Abang' walaupun saat sudah berlalu. Dan sehingga kini masih ada junior yang memanggil Aku dengan nama Abang walaupun dia sudah berabang. Katanya sebagai tanda hormat. Namanya Normadiah yang selalu membahasakan dirinya sebagai Yah.
Tngk gambaq Bilik LG ni terkenang nostalgia lama. Awat nampak teruk sngt sebelah luaq? Org tak duduk dak ka; jd tempat jin berteloq.
ReplyDeleteDi sinilah bang non buat duit.sibuk siang malam jaga koperasi.Tempat ini dihuni oleh pelajar wanita bukan lagi lelaki.Ini kawasan larangan pada masa ini.Bangunan LG2 tetap macam dulu cuma sewaktu kami berada di sini baru ni agak sunyi sepi.sesekali terlihat bayang wanita.mungkin mereka segan tengok kami kaum lelaki berada di situ.
ReplyDelete