Friday, August 27, 2010
BORIA PULAU PINANG
Boria merupakan salah satu persembahan tradisi yang masih kekal hingga ke hari ini. Begitu juga zikir barat di Kelantan dan kuda kepang di Johor, boria amat popular di kalangan anak-anak muda Pulau Pinang. Beberapa kumpulan boria di Pulau Pinang yang masih lagi aktif termasuk Boria Anak Tanjung dari Kampung Melayu.Kumpulan boria terdiri daripada anak-anak muda yang ingin menyampaikan mesej tertentu demi kebaikan generasi muda yang penuh cabaran. Jalan Cerita dan tarian di dalam persembahan boria memberikan unsur-unsur pengajaran dan amat menghiburkan.Gerakan perkusi di dalam tarian boria serta irama yang berbentuk masri dapat menghilangkan keresahan dalam jiwa yang menghayati irama dan lagu tersebut.
Menurut satu sumber yang diperolehi ,asal usul boria berpunca daripada tragedi pembunuhan. Masyarakat yang terlibat pada masa itu cuba meluahkan perasaan tak puas hati dendam dan marah melalui persembahan yang berbentuk cerita dalam lagu.Persembahan dalam lagu boria ini terus kekal dari generasi ke generasi sehingga menjadi satu persembahan yang menghiburkan.
Semasa di college dulu mamsin pernah mengajar kami tarian boria dan bait-baitnya masih lagi terngiang-ngiang di telinga:
Ramai-ramai kita menyanyi
sebagai satu hiburan
jangan dok ingat sana dan sini
boria maktab gaya memberi panduan.
mamsin..... hang igat lagikah rangkap-rangkap boria yang hang ajar 30 tahun yang lalu.??
Pada masa itu Mat Boria menjadi tukang karut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku masih lagi Daud Ibrahim berkata boria berasal dari Parsi.Tujuannya untuk memberi pengajaran dan hiburan kepada rakyat.
ReplyDeleteBest article !
ReplyDeleteTahniah
Apa macm kalu kumpulan Boria Gaya 79/80 buat show masa gathering nanti ? tak buat kt sabah, kita buat kt penang. apa macam
ReplyDeleteYa, betul Shakir. Boria mmg asal Parsi?Iran tapi bukan le dlm bentuk boria yg kita tengok hari ni, jauh bezanya. Daud Ibrahim yg Shakir sebut tu ialah bekas pevgurus pasukan Boria Sungai Pinag yg terkenal tu; dengan tukang karang yg popular "Bain" (Ibrahim). Pak Daud ni aku kenal sebab sekampung dgn aku, sahabat arwah bapa aku. Bapa aku orang Sg Pinang.
ReplyDeleteDulunya, boria ini hanya dimainkan pada bulan Muharram saja, pasukan boria ni akan pergi dari rumah ke rumah buat persembahan dan tuan rumah akan bagi sedikit sumbangan - lebih kurang macam persembahan tarian singa/naga sewaktu CNY sekarang ni. Kemudiannya kumpulan2 boria ni dikuasai oleh 2 kumpulan kongsi gelap Melayu di PP; Kumpulan Bendera Merah & Bendera Hitam. Sewaktu diadakan persembahan/pertandingan kumpulan boria, tukang karangnya akan mengata/kutuk-mengutuk satu sama lain (tukang karang masa tu pantun mereka keluar secara spontan bukan pre-karang macam sekarang ni). Selepas berbalas kata, biasanya akan berakhir dgn pergaduhan dan akhirnya pemerintah penjajah British mengharamkan permainan boria ni sehinggalah di benarkan semula beberapa lama kemudian dengan perubahan yg drastik.
Utk makluman; kumpulan kongsi gelap Melayu tu bergabung dengan 2 kumpulan kongsi gelap cina - Kumpulan Tua Pek Kong dan 1 lagi aku dah lupa namanya. Boria asal, "sailor"nya (penari/penyanyi latar) semuanya lelaki dan mereka tak pakai uniform macam sekarang; pakaian berbagai, ada yg pakai tradisional Melayu, cina, india, arab, benggali, mat salleh, dsb.
Dalam tahun 70an & 80an permainan boria agak aktif dengan adanya pertandingan Dendang Rakyat anjuran RTM (bukan boria shj tapi ada dikir barat, ghazal, dondang sayang dan beberapa lagi), sekarang ni boria di PP sendiri dah agak malap, di Sg Pinang sendiri dah lupus, begitu juga di Kg Dodol, Kg Rawana, Air Itam. Kemudiannya dlm tahun 80an Kumpulan Boria Teluk Air Tawar amat aktif dan aku masih ingat penyanyi Nasir Wahap mulakan karier nyanyian sbg tukang karang kumpulan boria tu.
Aku zaman muda-muda dulu terlibat lah juga dengan beberapa kumpulan boria dan beberapa tahun lalu, aku pernah anjurkan pertandingan boria di politeknik.
Ttg rangkap pantun untuk persembahan kumpulan freshie MPG 1980 tu aku ingat le sikit-sikit lagi.
Dewasa ini, boria bukan lagi hak milik mutlak org2 PP, malah sudah menular serata negara. Aku pernah dengar bait dan dialek boria berbunyi jawa dan melayu riau. Penduduk melayu Singapura juga menjadikannya acara persembahan mereka, ( boria dan dikir barat ) cuma bunyi ikut telor singapura la.
ReplyDelete