Our Chat Room

Friday, August 20, 2010

Kembara Menjejak Rakan

Perjalanan kami ke Kundasang cukup indah,seindah Gunung Kinabalu yang tegak menghijau. Hari itu kami dibawa oleh Siti Dayang Suhaimin untuk makan kenduri di rumah kaum kerabatnya di Kg Kinasaraban. Kampung ini terletak dikaki Gunung Kinabalu. Kampung ini cukup kaya dengan tumbuh hijau.
Orang kampung di sini rajin bertani. Di laman rumah mereka dipenuhi dengan sayur-sayuran.

Kenduri dikampung ini bermula jam1.00 tengahari.Banyak sungguh lauk-pauk yang dihidangkan. Khabarnya seekor sapi telah dikorban pada hari kenduri. Para hadirin mula datang pada pukul 1.00 tenghari dan berakhir pada pukul 8.00 malam. Pada sebelah malamnya,kesunyian malam dipecahkan dengan nyanyian karoke. Di sini kami sempat bertemu dengan Ayahanda Sharina@Paulina. Paulina rakan sekelas Aku dan Salim. Bapa Paulina dalam usia 71 tahun kelihatan segak dan sihat. Kami sempat berbual dengannya. Pada mulanya Aku kira umurnya dalam 60 an sahaja. Tidak rupanya. 71 tahun. Tegap dan sihat. Tinggi kira-kiranya 5kaki 8 inche. Bersongkok hitam dan berbaju lengan panjang. Memakai baju batik corak Indonesia. Petangnya Aku dan Salim bertolak ke Ranau.

1 comment:

  1. Kami di bawa Siti makan kenduri di rumah saudaranya.Rumahnya terletak dilereng bukit(lereng gunung).Kami bertemu dengan satu keluarga dari Kedah yang berbisan dengan tuan rumah pengantin.Kami juga bertemu dengan orang sabah yang lama menetap di semenanjung.Jadi mereka tak janggal bertemu kami.Maksuknya kami bukan terlalu asing bagi mereka.Tidak ada dunia luar bagi kita pada masa ini kerana masing-masing pernah merantau dan bila tua balik ke lubuk asal.Makanannya berselera dan berbagai jenis masakan daging termasuk rendang dihidangkan di tempat kenduri.Ada mainan kompang untuk meraikan majlis kahwin.Layanan sungguh mesra.Di sini kami bertemu dengan ayahanda paulina yang begitu mesra sekali.Dapatlah kami mengumpul sedikit sebanyak cerita tentang masyarakat sini.Mereka hidup aman damai saling bantu antara satu sama lain.

    ReplyDelete