Semalam shakir bertanyakan tentang perkataan 'ketunyap'.Ramai yang bertanya adakah ini nama bapanya atau gelaran istimewa.Bukan.Bukan special . Bukan .Perkataan salim ketungap tercipta bukan kerana glamour sekadar suka-suka.Di luar sana orang tidak kenal salim ketungap.Hanyap dikenali di dalam Blog Gaya College sahaja.
Ketungap ...bukan nama glamour.Ketungap mempunyai sejarah tersendiri.Kita mengenali seseorang dengan nama dan satu nama dipakai beribu-ribu orang.Jalan yang paling mudah kita cipta satu gelarany yang begitu special supaya tidak tertanya-tanya adakah ini Salim Ismail. Terima kasih yang mengenali Salim Ketungap.Ketungap bukan nama BAPA AKU...
Sejak zaman persekolahan menengah lagi perkataan ini telah wujud.Kalau dibelek di dalam kamus dewan pun tidak akan terjumpa erti perkataan ini.Ketungap wujud daripada perkataan ..BENGAP. Orang Penang mencipta perkataan tersendiri bukan ikut daerah tetapi suka-suka sebagai kiasan dan bukan pepatah atau simpulan bahasa.Bukan.Tidak ada dalam buku atau kamus atau kitab suci.
Di sekolah menengah lagi perkataan ini telah wujud.Perkataan-perkataan lain seperti 'shiru' 'hapserenapete' , 'stain', 'mangkok hayun', 'mat best', 'minah karan', 'kuda kayu', 'mat tirap', 'rambutan lekang, 'lebai pulut' 'mat gian',' pedukang' dan banyak lagi perkataan yang digunapakai dikalangan remaja waktu itu.Perkataan-perkatan ini mempunyai erti yang tersendiri.Perkataan yang digunakan bukan untuk memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang sebaliknya menjadi hiburan dan senyum sinis apabila didengar.
Perkatan Ketungap telah pun wujud semasa aku di sekolah menengah hampir 40 tahun yang lalu.Perkatan ini terbawa-bawa hingga aku di gaya college.Diibaratkan sebagai satu legenda.Bukan aku digelar 'Ketungap' tetapi aku selalu menggunakan perkataan Ketungap apabila bercakap.Kalau aku bercakap orang tak faham aku akan kata ...Ketungap..
Di Gaya college perkataan ini dipelopori oleh geng-geng PIS terutama Badar dan Wan Zainuddin.
Kalau aku ponteng kelas mereka akan bertanya..Mana pi Ketungap?
Semasa aku berada di seberang sana perkataan-perkataan seperti F---, Wa-----r dan Ba----d adalah perkataan yang menjadi kebiasaan semasa bercakap dan menjadi satu amalan yang akan disebut apabila perasaan tak puas hati wujud.
Selagi aku bersama blog ini nama itu akan terus hidup sebagaimana hidupnya nama SALIM ISMAIL.
Macam tu ke cerita hang dapat gelaran kketungap ?
ReplyDeleteaku ingatkan baru kt kolej gelaran tu wujud. maaflah kesilapanku itu.
selamat berpuasa
selamat hari raya
untuk SEMUA
hantu GAYA
Terima kasih Ramjie@hantu GAYA sudi komen.
ReplyDelete