Our Chat Room

Monday, September 13, 2010

Buka...Tutup....Tekannnnnnnn.....


Berhari raya di perantauan tidaklah seindah di kampung halaman.Bagi para pelajar menghadiri kuliah adalah wajib dan tidak ada istilah cuti.Paling menyedihkan apabila exams jatuh pada pagi raya.Malam raya juga tidak terasa.Bagi yang bekerja seperti aku tidak akan merasa hari raya.


Pagi raya umat Islam bersiap sedia untuk ke masjid tapi aku bersiap sedia untuk ke tempat kerja berbekalkan sedikit makanan dan minuman(bukan kueh raya).Apabila sampai di tempat kerja respond dari rakan sekerja hanya 'good morning' bukan selamat hari raya maaf zahir bathin.Apa yang dilakukan di tempat kerja..BUKA .....TUTUP.....TEKAN.... BUKA ...TUTUP...TEKAN... Itulah rutin kerja dari pukul 7 pagi hingga 3 petang.Kalau sambutan hari Christmas aku dapat kad ucapan beratus-ratus termasuk hamper yang penuh dengan makanan. Walaupun kemudahan SMS telah wujud tetapi masyarakat di sini masih lagi menjaga tradisi dan mengekalkan Kad Christmas.Malah dapat bonus sebanyak 50pnds dimasukkan ke dalam Akuan Barclay Bank..


Besok nak raya ajak kawan-kawan berkumpul dan masak apa saja untuk persiapan . Masak lemang jauh sekali.Mana ada buluh nak bakar lemang.Masakan rendang daging bersama nasi beriani menjadi juadah hari raya.Bagi cik mek molek yang rajin-rajin ada yang buat kueh raya ala kadar untuk memeriahkan lagi suasana hariraya.Malam raya lebih meriah daripada pagi raya.Kaset atau Cd lagu raya berkumandang sampai nak pecah anak telinga.Yang mana tertinggal buah-hati di kampung halaman mulalah gelisah macam kucing nak beranak.Ada yang menangis tersedu-sedu sebab rindu tak tertahan. Lagu dendang perantau nyanyian Allahyarham P. Ramlee menambahkan lagi suasana pilu.


Berkumpul beramai-ramai di malam raya raya dapat menghilangkan kerinduan dan keresahan terhadap keluarga.Berkumpul dan saling membantu memasak resepi pilihan hari raya. Masa menumis aroma curry dapat dihidu hingga sebatu.Kalau yang teringin nak makan ikan masin goreng lagi merepek.Bau ikan masin goreng terhidu sampai ke rumah jiran sebelah...'mat salleh'. Besok bila bertemu Nancy,seorang nenek tua berusia lebih 90 tahun yang masih lagi memandu kereta tersemput-semput bertanya,'siapa yang bakar sampah kering semalam ?' Alahai nek bukan sampah kering itu bau ikan masin. Itulah nasib di perantauan benda yang busuk pun jadi sedap. Itu belum lagi bakar belancan untuk buat sambal belancan.Di sini mudah kita menghidu sesuatu ibarat menumis curry di dalam bilik air-cond.


Selepas pulang kerja jam 3 petang bergegas ke rumah member-member untuk beraya.Pukul 5 petang barulah dapat menghubungi ayahanda/bonda dan sanak saudara di Tanah air.Beli 5pnds phonecard dapat bercakap hingga 4 jam.Murah.Apakan daya nasib anak perantauan jam 5 petang di UK , di Malaysia pukul 1 pagi. Ayahanda/bonda dan sanak saudara sedang tidur di buai mimpi.Talipon tidak dijawab.Sedih dan pilu.


Lupakan saja.Besok masik ada. BUKA....TUTUP.....TEKAN.....BUKA.....TUTUP.....TEKAN sebuah mesin yang mengeluarkan side-mirror kereta jaguar dan Ford.Itulah kerja harian selama 8 tahun selama berada perantauan dengan pendapatan yang agak lumayan.

1 comment:

  1. maaf ia ada pembetulan tentang masa di UK dan tanahair tercinta.Masa pukul 9 pagi di Tanahair tercinta pukul 5 petang di UK. Kalau kat UK kena tambah 8 jam. Aku raya dulu lepas tu baru Tuan shakir bersiap-siap untuk pergi sembahyang raya.Munkin masa aku call ayahanda/bonda mereka sedang menunaikan solat aidilfitri/adha .Tak siapa yang angkat telepon.maaf ia...jangan marah.Aku baru terima telepon uncle Mus dari London.Masa dia telepon aku pukul 4ptg(malaysia) dan UK pukul 9 pagi.Musim summer jarak 8 jam dan winter jarak 7 jam sahaja.Jangan confuse no...mamsin tolong perbetul kalau salah...?

    ReplyDelete