Selepas solat raya, kami pulang ke bilik masing2 dgn juadah kuih seadanya, kiriman ibubapa masing2 yg masih ingat kepada anak2nya dirantauan. Belah petang, aku dan kroni rapat ke Lok Kawi Kem, beraya ke quaters tentera saudara2ku. Raya ke 2, ke rumah saudara amiruddin di Kg Likas, raya ke 3, dok aje kat maktab, nyembang2 dan kutuk2 sana sikit sini sikit.
Ada juga niat nak ziarah rumah kawan2 Sabahan, tapi, semua jauh dah perlukan tambang. Aaahhh... dok college je la, jimat belanja. Pada musim cuti dan perayaan besar seperti ini, college kita org yg punya, jadi projek ngintai diluluskan bersama. Kami pergi ke kooperasi, kalau2 ada ruang makanan segera, lepas tu cuba plak ke dewan makan, kalau2 ada sisa2 biskut atau serbuk bancuhan minuman. Tak banyak yg kami dapat sbb ketika itu, perasaan itu bercampur baur dengan halal, haram, berkat dan dosa kering. Kesudahannya, makan la habuk2 kuih dari sisa makan yg dikirim kelmarin. Sebak dada ni mengenangkan sukarnya menjadi pelatih perguruan dulu berbanding pelatih Institut Perguruan sekarang ni. Anda, guru2 pelatih baru wajib bersyukur dengan kurniaan Allah dan kerajaan kerna nikmat ini. Bersyukurlah adik2 dan anak2.
Kini, tahun 2010, hari raya muncul lagi dengan suasana yang amat jauh berbeza. Kita sudah jauh lebih matang, jauh cara pemikiran dan jauh ke dalam keluasan dahi serta sudah nampak jelas maatlamat kerja. Ada yang sudah sampai ke penghujung, ada yang dah puas dgn nikmat kehidupan dan ada yang muak dengan bidang ini.
Paling jelas, saudara Shakir dan Salim dah mendahului kita, mereka dah bersara. Jeles aku. Bakal menyusul ialah beberapa seniur umur dan seniur maktab. Doa kebahgiaan dariku utk mu.
Akhir salam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun 1431H/2010M - 30 tahun kenangan lama yang amat menyentuh perasaan.
Aku solat hari raya di MPG. Selepas itu Aku cabut pergi ke Kem Lok Kawi.Malam baru balik.
ReplyDeleteNostalgia zaman silam cukup menyentuh perasaan.Di awal remaja penuh cerita suka duka.Kita baru bertatih menempuh hidup.Apa yang kita buat pada masa itu tanpa berfikir panjang.Tidak ada duit pun tak kisah.Janji ada makan di dewan atau kawan yang belanja.Aku banyak bercampur dengan abang2 Askar.Makan minum semua mereka belanja.Kalau samapi kat KK waktu malam kami merayau-rayau dan bila puas merayau masuk kedai makan.Begitulah setiap malam kalau ke KK bertemu abang askar dari Lokhawi.Hidup cukup enjoy masa bujang.Tak ada siapa yang control.Kalau boleh nak patah balik tapi apakan daya sudah di tambat.Kalau talinya putus..........enjoy sakan ha,ha,ha
ReplyDeleteZahari... yang belakang(tengah) sebiji macam muka hang masa kat Gaya college.Betul tak Tuan Shakir?
ReplyDeleteBetul,itu sah Zahari anak Pak Manan
ReplyDeleteYang berketayap putih,tak berbaju,rutroi(perut boroi)Bahauddin @ Johny.
ReplyDeleteAku dah agak pun! panas badan lepas makan satay kijang.
ReplyDeleteAku masih gelisah, kecewa dan sedikit terusik sebab abang salim masih tak boleh cam aku, uhuk! uhuk! uhuk!, pada hal, aku cuma kutuk belakang sekali saja pasal diaa... pakai seluar bell bottom ala DJ Dave, tak temadunn. ! itu aje punn... !!!
ReplyDelete