Our Chat Room

Saturday, September 18, 2010

Mat Robert of Singapore


Petang kelmarin Aku ke pejabat Mamsin di Politeknik,Bandar Perdana. Pukul 4.30 petang sampai di situ. Pejabatnya lenggang dan tenang. Cuma ada seorang dua pegawai yang belum pulang.Pada mulanya dia ajak Aku makan tengahari tapi kerana ada tetamu yang datang jadi ajakan itu terpaksalah diheret ke sebelah petang. Selepas solat asarAku telefon Mat Robert@ Abang Non minta dia datang ke Astana.
Bila kami sampai Mr.Robert sudah sampai. Minggu lepas dia diserang gout yang teruk. Sampai susah nak berjalan. Nak bergerak kena kesot.( Kesiaan kat Abang Non nu TUAN SALIM.Tuan Salim sihat walafiat. Riu sana,riu sini macam kereta kontrol).

Mat Robert kata selepas dia 'belasah' angsa angin peleset gout mula meracau dalam urat sendi dia. Petang itu Mat Robert 'tibai' sepinggan nas,ikan kari dan segelas teh tarek kurang manis. Aku,Mamsin dan 'kawan' Mamsin hanya memerhati sahaja. Aku dan Masin minum dan makan capati sahaja. Kawan Mamsin minum sahaja. Sembang petang itu melarat sampai senja. Senja itu diakhiri bila Mamsin membuka dompetnya. Akaun ditutup.

4 comments:

  1. salam bang non.semoga cepat sembuh dan boleh makan seperti sedikala.Di KL ni ada sebuah restoran yang baru dibuka.Sotong,udang,ketam goreng jauh lebih murah daripada Penanag.Bila dah sembuh nanti mai KL aku belanja hang makan sotong dan udang galah.
    Tuan shakir boleh supply ubat gout free pasai kawan akrab . Teringat aku masa hang call shakir kutuk aku( bergurau aja bah...!) dalam telepon masa berada di surau pejabat hang di Jalan Macalister beberapa bulan yang lalu sewaktu aku jumpa hang dan kita makan di Gurney drive.Kita sama ketawa. Melucukan.Di sini hang sebat sotong,kerang bakar dan ikan bakar tapi nasib baik tidak di serang gout.Bang non di serang gout ni bermusim.Musim raya...makan ubat supaya cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. Mungkin Hang suruh Mamak kedai tu tawar bisa sebab tu Bang Non tak kena gout.Kesiaan kat Bang Non,Salim. Kena kesot.seriu,seriu.Aku tengok sendiri di Kuala Lumpur.Masa tu jamuan koperasi.BANG Non tibai daging kambing sakan.Sotong,udang dia balun([pinggan tak pecah) sakat.Non kata,"Tapa,tapa,tapa bukan selalu!".

    ReplyDelete
  3. Waaa... dahsyat juga wibawa bang non ni, di Pontian kami ada pesatuan ghout, aku cuma ahli biasa sbb baru 3 kali kena !. dah banyak ubat2 kampung kami tukar2 cuba. Paling mujarab, pain killer, tapi effect pd buah pinggang aje la yg kena tanggung.
    Macam kata bang non : kami bantai je apa2 pun, lepas tu resolusinya, tanggung sendiri. mesyuarat bubar !!

    ReplyDelete
  4. Makanlah tapi sedikit sahaja tau! Kesiaaan. Pain killer! Jangannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Betul kata Tuan Zahari tu.

    ReplyDelete