Our Chat Room

Saturday, September 18, 2010

DARI SOUTHSEA KE CHERBOUGH


Percaya atau tidak tambang pergi balik dari Portsmouth ke Perancis hanya 1 pound (satu pound)sahaja.Perjalanan yang mengambil masa sekitar 6-7 jam melintasi Selat Inggeris. Kapal bertolak di waktu malam dari jam 10 malam dan sampai sekitar 6-7 pagi.Di Perancis, Feri akan berhenti di pelabuhan Cherbough yang amat terkenal dengan makanan lautnya seperti 'lobsters'.Tawaran perjalanan murah ini pernah berlaku pada musim sejuk sekitar bulan Disember 2003.Kapal pelancong ini yang boleh memuatkan lebih 2 ribu penumpang dan beratus-ratus buah kenderaan amat popular di kalangan pelancong Barat yang ingin menikmati suasana angin laut dan suasana kehidupan yang harmoni di atas kapal.

P&O ferries merupakan kapal pelancong yang dilengkapi dengan tempat- tempat penginapan dan hiburan seperti cinema,life show(bukan xx) ,kedai-kedai, pub, bar, pusat gyms,restoran-restoran dan kolam renang.Untuk membuat perbandingan ke pulau gaya yang mengambil masa hanya 15 minit dibayar RM15(aku dan shakir) sehala sedangkan perjalanan menaiki feri mewah hanya 1 pound(RM 7) sahaja pergi balik adalah sesuatu yang tak masuk akal.Kedua-duanya tidak masuk akal.Yang satu untung berlipat ganda yang satu lagi bolehkah mendapat untung? (Tuan shakir boleh jawab).

Inilah dinamakan promosi.Mereka promote kapal, tempat,makanan,barangan dan cara kehidupan hidup masyarakat mereka.Walaupun tambangnya murah dan tidak logik tetapi pelancong akan tetap membeli belah dan berbelanja besar di atas kapal.Untuk penginapan malam 'sleeping cabin'disediakan bagi 2 orang pelancong ialah 20 pounds lengkap dengan bathroom dan toilet.Walaupun dikenakan tambang murah kos-kos lain perlu dibelanjakan untuk lebih selesa.Ramai juga pelancong-pelancong yang tidor bergelimpangan di ataskapal terutama di bangku-bangku yang disediakan. Ada yang tidak tidor langsung meneguk minuman di bar atau pub yang terdapat di atas kapal.

Keesokannya jam 7 pagi kapal tersebut akan berlabuh di pelabuhan
Cherbough.Bermulahlah satu episod perjalanan yang asing dan anda perlu mengetahui sedikit sebanyak Bahasa perancis......' Je ni parle pas bien le francais', Je suis ici en vacances.

3 comments:

  1. Kita pergi ke sana pula.Tapi Non nampak susah sikit nak pi. Sana banyak angsa. Makan angsa Bang kena gout lagi.Jenoh!

    ReplyDelete
  2. Tambangnya cukup murah.Mungkin itulah salah satu sebab orang suka ke sana. Boleh dijadikan contoh untuk Malaysia.

    ReplyDelete
  3. harap maaf ejaan betul ialah CHERBOUG bukan cherbough.Kita sebut 'cherbok'.

    ReplyDelete