Our Chat Room

Tuesday, September 14, 2010

Sekolah Vokasional Sandakan dalam kenangan



Sekolah Menengah Vokasional Sandakan ialah sekolah pertama aku mula mengajar selepas tamat pengajian di Gaya College.SMV Sandakan terletak berdekatan dengan SMK Sandakan dan Maktab Perguruan Sandakan. Mamsin, Omar (kubur panjang juga mengajar di sekolah yang sama. Kami bersyukur kerana penempatan kami adalah di kawasan bandar. Ada sahabat-sahabat kami yang dihantar ke pendalaman seperti Ali Marjamah yang di hantar ke Pamol.Aku pernah ke tempatnya menaiki bot panjang dan laju menyusur sungai yang mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sana.Cik Li mula bertugas di SMK Sandakan bersama Saiful. Shakir dilempar ke Tenom yang agak jauh.Abang Non Siam membawa diri ke Papar kerana merajuk?


Aku mengajar BI dan Pengajian kemasyarakatan.Kebanyakan murid-muridnya telah dewasa dan ada yang berumur lebih 20 tahun.

Disiplin pelajar pada masa itu kurang memuaskan.Kerap berlaku pergaduhan di antara mereka kerana pelajar-pelajar datang dari tempat yang berlainan dari seluruh pelusuk Sabah. Masalah disiplin dapat dikawal oleh seorang Ketua Pengawas Isa Jasni dan pihak pentadbir dengan cekap walaupun terdapat kekecohan yang terjadi pada masa itu.


Sandakan,bandar yang kedua terbesar selepas KK merupakan pelabuhan yang penting.Bandarnya di pinggir pantai dan menjadikan sumber makanan laut yang utama di kalangan penduduk .Makanan laut seperti udang,sotong,ketam dan juga ikan terlalu murah.Pasar ikan agak besar dan di sini terdapat berbagai-bagai jenis ikan laut dengan harga yang murah.

Dari pusat bandar ke SMV Sandakan kita boleh melalui Jalan Labuk.SMV Sandakan terletak di Batu 4 Jalan Labuk. Selepas 3 tahun mengajar di SMV Sandakan aku berpindah ke SMK Putatan, Kota Kinabalu. Di sini aku bertemu Syed Hussin Al-Eldros dan adik Sharifah(PIS 79/80). Aku dapat mengekalkan sejarah tidak pernah mengajar di kawasan pendalaman sehinggalah aku bertukar ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.Kini menjadi guru hanya tinggal kenangan.Jangan sedih Tuan Shakir............


Tahun 1981 murid-murid di dalam gambar ini berumur 16 tahun. Tahun 2010 mereka berumur 16+30 iaitu 46 tahun.Semoga mereka berbahagia di samping suami-suami dan anak-anak-anak tersayang.Mungkin ada yang telah menimbang cucu.

8 comments:

  1. Kenangan mengajar di Sabah cukup menarik.Pelajar di SMJK Chung Hwa cukup baik dengan Aku. Sungguh seronok mengajar di Tenom. Aku tinggal di Pekan Tenom yang cukup aman dan damai.

    ReplyDelete
  2. Aku setuju tuan ! Lain rasanya ngajar di semenanjung, anak bangsa asing bertungkus lumus menimba ilmu, anak bangsa sendiri buat tak tahu. Ada la juga yg baik dan iltizam tinggi, tapi berapa kerat aje yg mahu.
    Di Semporna, memang la kurang dan rendah pencapaian akademik depa, tapi budi bahasa memang aku selut.

    ReplyDelete
  3. Semasa Aku di SMJK Chung Hwa setiap kejayaan samada dibidang akademik dan kokurikulum pihak sekolah dan Lembaga Pengelola sentiasa meraikannya dengan jamuan untuk semua guru.Tapi bila balik ke Semenanjung yang ada hanya senyum sumbing. Sungguh berbeza

    ReplyDelete
  4. Susah nak nak comment tentang nilai-nilai kemanusiaan cuma satu perkara yang masih lagi terngiang-ngiang di telingaku pesanan daripada seorang kawan yang menetap lebih 20 tahun di Paris.Maaf kalau ada yang terasa dan aku bukan berniat nak mengutuk sesiapapun.Tapi aku sedih apabila dia berkata.....Lim, kalau hang pulang nanti hang jangan cakap pandai,hang kena buat-buat bodoh lama-lama hang jadi bodoh.
    Aku lebih suka dan tenang meluahkan perasaan melalui penulisan.Siapa suka dia baca siapa tak suka pun tak apa.Dua-dua tak rugi.Cukuplah shakir sekarang kita dah bersara tak siapa yang peduli.

    ReplyDelete
  5. Begitulah adanya nasib seorang pesara,Tuan Salim no!Di pinggiran,ada air terjun......

    ReplyDelete
  6. Abang2 sekelian ! sungguhpun nampak macam terpinggir dan tidak dipeduli, namun ramai yg nak join ke arah itu. Macam dipinggiran air terjun, tenang dan damai..
    Buat satu hobi la ! - kumpul cucu banyak2. Buat rumah terbuka utk generasi keluarga, tangkap gambar, tunjuk kat akhbar. Pas tu dok semula sorg2 dalam rumah.

    ReplyDelete
  7. BagusTuan Zahari.Selepas tu kita nyanyi lagu dipinggiran air terr---juuuun,kah,kah,kah

    ReplyDelete
  8. Saiful Anuar SafianOctober 8, 2010 at 7:55 PM

    Salim.. sebenarnya hang hilang dimana. Aku di Slim River(SMK Slim). Hang ni aku sungguh ingat. Dulu aku melaram tp balik je Semenajung aku cool dan kini jadi bapak yang baik. anak aku dah 5. Tapi semua belajar lagi. Hang skg kat mn. Aku di KL selalu juga sebab semua adik beradik menetap di sana dah. aku sja tertinggal di Perak ni. Pembetulan SMV bukan di Batu 4 Jln Labuk tapi Batu 1 1/2 Jln Labuk. Betul lah hang ni Salim Ketungap....Ok see u....aku selalu juga keSabah...dn nak Beijing November ni. Hang adventurous...nak ikut ke...Wasallam

    ReplyDelete