Our Chat Room

Friday, September 17, 2010

Penambang di Pulau Gaya

Di jeti Kota Kinabalu kebanyakan penambangnya terdiri daripada orang Filipin. Mereka telah lama di Pulau Gaya,Sabah. Mereka juga telah mendapat hak sebagai warga negara Malaysia. Di Pulau Gaya ada sekolah menengah dan rendah. Sekolah ini semuanya berada di atas air. Anak-anak keturunan orang Filipina masih mengekalkan budaya dan bahasa mereka. Mereka membuat rumah di atas air di Pulau Gaya.

Penambang di sini semuanya menggunakan injin motor sangkut. Dengan pengangkutan ini mereka mencari makan. Tambang ke Pulau Gaya dari jeti hanyalah RM5.00.Tapi ada penambang di sini yang mengenakan tambang yang mahal kepada pelancong yang belum biasa ke Pulau Gaya. Ada yang meminta RM15.00 untuk 2 orang penumpang untuk pergi sahaja ke Pulau Gaya!

Penambang itu sudah biasa dengan angin laut dan perahu tua.
Di sinilah mereka dilahirkan bersama ombak dan angin laut.
Di sinilah mereka dibesarkan,kahwin,beranak dan bahagia
Pendek kata angin,laut dan ombak adalah mereka.
30 tahun dahulu Aku pernah ke sini melihat kehidupan mereka.
Dan selepas 30 tahun berlalu Aku datang lagi melihat kehidupan mereka.
Rumah seperti 30 tahun dahulu, tetap di atas air.
Mereka tetap dipanggil 'orang Filipin' walaupun sudah sekian lama di sini.
Mereka tetap akan di sini
Esok mereka masih di sini.
Kerana laut adalah mereka.

1 comment:

  1. Aku masih ingat lagi semasa berkunjung ke Pulau Gaya.SMK Pulau Gaya dan SRK Pulau Gaya juga kami lawati.sayang sekali kedua-dua Pengetua(Che Ros) dan Guru Besar SRK Pulau Gaya(Jasmin Ellahan) tidak ada kerana bercuti.Semasa pulang menaiki bot penambang dari Pulau Gaya semua penumpang tidak memakai jaket keselamatan termasuk pemandu bot.Semasa Shakir dan aku melangkah masuk ke dalam bot pemandu bot tersebut mengarahkan semua penumpang memakai jaket keselamatan. Mungkin mereka ingat kami dari anggota keselamatan. Lain-lain bot yang berulang alik dari situ aku lihat tidak ada yang memakai jaket keselamatan.Jaket keselamatan itu amat perlu untuk mengelakkan mati lemas sekiranya bot terbalik dipukul ombak.Begitu juga muatan penumpang tidak boleh melebihi had.Banyak tragedi bot-bot karam berlaku di persekitaran perairan Indonesia dan Filipina.Aku selalu menaiki Feri berulang alik dari Pulau Pinang ke Tanah Besar dan kerap menaiki Cruise P&O ferries dari Englang ke France dan Sepanyol dan dari Portsmouth ke Isle of Wight.Ada kalanya hati berdebar-debar sekali sekala ferri dilambung ombak besar.Maklum sajalah di dalam laut banyak ikan-ikan jerung yang kelaparan.
    Aku kagum dengan Jasmen Ellahan yang berulang alik dari KK ke Pulau Gaya setiap hari demi mendidik anak bangsa yang tercinta.Syabas!

    ReplyDelete