Apabila tiba waktunya Ramadhan mengundurkan diri. Syawal sebagai pengganti diri.Kedatangannya disambut dengan takbir dan tahmid.
Rakan dan taulan,
Sahabat dan kerabat,
Yang setia melawat blog ini
Dengan penuh sungguh kesabaran membaca dan menelitinya
Aku doakan kalian sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA
Maaf dipinta
Yang baik itu daripada Allah
Kesilapan itu milik Aku
Bersama kita menghulurkan tangan menyambut kedatangannya
Dan bersama kita merayakan Hari Kemenangan.
Daripada
Shakir dan Salim Ketunggap
Salam untuk semua.Tadi aku ada telepon cik Li.Bersembang lama juga. dah lama tak jumpa mungkin lebih setahun.Ingat nak jumpa member-member kat penang tapi tak sempat.Non siam pun aku tak contact mungkin dia beraya di perlis.Wan zainuddin ada hantar sms bertanya khabar.Dia beraya di Sabah.Tak semua yang bernasib baik beraya di kampung halaman.Ramai kawan-kawan aku yang tak beraya di kampung halaman kerana tugas bukan beraya di rumah isteri.Tak apalah ikut giliran.Hidup ni kena bagi adil.Asyik raya rumah kita saja mana adil.Aku lebih suka beraya di Penang.Dulu bertahun-tahun beraya di tempat orang.Mana ada cuti raya.Pada kawan-kawan semua selamat hariraya.Maaf zahir bathin.
ReplyDeleteAku terima banyak sungguh sms hari raya. Tiada lagi kad raya.
ReplyDeleteMasa aku bujang dulu raya di Pontian sahaja. Lepas tu masa bertugas raya di Semporna,Sabah. La ni kena bagi dua antara Baling ngan Pontian. Aku dah buat MOU sebelum kawin, kalau dok Johor, raya baling. Begitu la sebaliknya. Dan, tiap tahun mesti balik kampung pd hujung tahun. Persetujuan dah dimenteri, dok Johor, balik Baling setahun sekali : pilih plak nak raya atau nak hujung tahun. Sekali sahaja balik setahun.Ok tak bang salin dan bang shakir !
ReplyDeletecantik... baru adil.tapi dok Johor 11 bulan balik Baling 1 minggu sahaja? Kalau macam tu raya tak pernah di Johor? Raya mesti di Baling.Aku kalau raya kat Alor Setar rasa macam tak raya sebab tak dapat jumpa member-member lama.Tapi kalau raya kat Penang satu kampung aku dapat jumpa dan beraya .Tapi nak bagi adil raya ke 2 aku balik Alor Setar.Sebab tu Pak dan Mak mentua sayang kat aku....ha,ha,ha. menantunya hebat.... Tuan shakir, Bang non siam raya kat mana??
ReplyDeletePagi sampai tengahari Aku raya kat kampung Aku.Rumah mak Aku.Petang dan malam raya dirumah mak mertua.Hari raya ke 2 dirumah Aku.Malam dikedai kopi bersama kawan2 tamatan 1972.Ada Prof.ada Dr.ada kuli,ada pesara,sekali sekala ada anak dara tua.Pendek kata raya kat kampung Aku boleh jumpa ramai Tok Aji,Tok Lebai.Kalau ada orang mati depa ajak Aku pergi makan serabai. Apa lagi tibailah.Kesiaan kat Zahari. Kawin orang jauh.
ReplyDeleteDari Penang ke Alor Setar taklah jauh sangat cuma 2 jam.Kata orang boleh balik hari.Tapi kalau aku raya kat Alor Setar aku bukan ada kawan. Kalau malam raya kat kampung aku boleh tumpang sekaki main bunga api.Tapi raya tahun ni taklah enjoy sebab aku asyik ulang alik ke hospital.Aku tengok malam raya ramai yang bakar lemang tapi aku beli saja.Sebatang harga $8 di tempat aku.Aku beli 5 batang.Raya tahun ni aku tak dapat ke rumah hang dan mamsin.Nanti hari raya korban bolehlah aku berkunjung ke rumah member-member utara(PIS& Ex-Gaya).
ReplyDelete