Namanya Kampung Lembah Permai. Terletak di Kundasang. Tanahnya cukup subur.Perjalanan ke Kundasang kira-kira 90 minit. Penduduk dikampung ini kebanyakannya orang dusun. Orang dusun pandai bertani. Mereka tinggal dikaki Gunung Kinabalu. Mereka menanam kubis dan beraneka sayur. Petani di sini lebih suka menggunakan baja tahi ayam dan sedikit baja kimia. Aku lihat sayur yang ditanam di sini cukup cantik semacam di Cameron Highland. Tapi rasanya udara di sini lebih sejuk daripada Cameron Highland. Sayur-sayur yang ditanam dihantar ke Kota Kinabalu dan di kawasan lain di Sabah. Aku teringat kata-kata Dr. Hamka, "Nusantara itu secebis tanah daripada syorga. Campaklah apa sahaja ia tumbuh,insyaLlah."( Dan tentunya tumbuhan yang sesuai dengan hawa,tanah dan persekitarannya) Di sini jugalah tinggal keluarga Sharina,rakan sekelas semasa di Maktab Perguruan Gaya,Kota Kinabalu(nama dahulu,1979).
Allah Huakbar , allah Huakbar...allah huakbarr.. walillah hil ham ! Ini bari di dunia, kalaau di syurga macamana agaknya ? allah huakbar.
ReplyDeleteTuan Zahari, Allah sahaja yang tahu.
ReplyDeletePersekitaran kawasan ini sungguh indah aman dan damai.Di belakang kampung ini berdiri kukuh gunung kinabalu. Suasana sejuk dan nyaman amat sesuai untuk bercuti.Kalau nak jadi penulis banyak idea yang boleh dapat.Tempat ini tidak sesibuk di kota.Aku akan datang ke sini lagi untuk tinggal lebih lama.Tentu Tuan Shakir atau Tuan Zahari nak ikut......
ReplyDeleteAku nak ikut sama.
ReplyDelete